Lionel Messi dikhabarkan mahu meninggal Barcelona. Situasi semasa kelihatan tidak tenang di Nou Camp sejak Barcelona dibelasah 8-2 dan disingkirkan dengan cara yang memalukan dari pertandingan Champions League tempoh hari.
Malah pemain itu dilaporkan marah dengan pengurus baharu Ronald Koeman dalam pertemuan tegang membabitkan kedua-duanya, sehingga mendorong Messi memberikan ‘transfer request’
Berikut adalah lima kelab yang mungkin menjadi pilihan Lionel Messi jika beliau memilih meninggalkan Nou Camp pada musim panas ini.
Paris Saint-Germain
PSG adalah salah satu kelab yang mampu mendatangkan pemain seperti Messi. Seperti ramai ketahui Messi mempunyai klausa perpindahan bernilai €700 juta.
Namun dengan baki kontrak tinggal setahun dan situasi semasa kelab tersebut, Barcelona secara realistik tidak akan melihat kepada nilai klausa tersebut sekiranya benar memilih untuk meninggalkan Nou Camp.
Namun demikian, Messi masih lagi merupakan salah seorang pemain bola sepak berpendapatan tertinggi di dunia.
Messi menerima 7.3 juta pound (RM38.5 juta), dan tidak banyak kelab mampu mempunyai kekuatan kewangan seperti PSG.
Bergandingan dengan Neymar dan Kylian Mbappe, PSG dengan kehadiran Messi pasti akan menggerunkan mana-mana pasukan di Eropah.
Manchester City
Selain PSG, satu lagi pasukan yang mempunyai kekuatan kewangan yang hampir sama dan mampu menggaji Messi ialah Manchester City.
Ia pasti menarik untuk melihat Messi memperagakan kemahiran dan kemampuannya di salah sebuah liga yang dianggap paling mencabar di dunia. Dan Messi juga mungkin tercabar untuk berbuat demikian.
Perpindahan ke Etihad akan menyatukan kembali Messi dengan Pep Guardiola. Kedua-duanya adalah tunjang kekuatan generasi emas Barcelona yang pernah mendominasi eropah.
Ketibaan Messi juga amat tepat dengan aspirasi City yang mahu menghadirkan impak di Champions League, selepas skuad kendalian Guardiola dikejutkan oleh Lyon di suku akhir pertandingan tersebut pada musim ini.
Bayern Munich
Bintang bola sepak eropah kebiasaannya akan menyertai pasukan di liga yang lebih rendah apabila mencapai usia atas 30 tahun.
kebanyakkan dari mereka cenderung untuk menyertai kelab MLS di Amerika Syarikat, atau ke Liga Turki yang mempunyai atmosfera dan budaya bola sepak berbeza.
Kalau nak duit, pergi sahajalah ke China. Pasti banyak kelab China mahukan pemain seperti Messi.
Namun demikian Bayern Munich telah membuktikan pemain berusia atas 30 boleh berjaya jika menyertai mereka. Frank Ribert dan Arjen Robben adalah dua contoh paling nyata.
Untuk membayar gaji Messi, Bayern pasti mampu. Namun nilai pemain itu yang dituntut oleh Barcelona haruslah munasabah untuk perpindahan ke Jerman menjadi kenyataan.
Inter Milan
Perkhabaran Inter Milan mahu mendapatkan khidmat Lionel Messi sudah pun tersebar sejak beberapa musim lalu.
Perkhabaran tersebut kini semakin kencang selepas Barcelona diaibkan Bayern Munich dengan jaringan 8-2.
📰 — Inter Milan will try to take advantage of Barcelona's vulnerable situation and try to sign Messi on a free when his contract expires in 2021. The Italians have already prepared an incredible offer that would again make him the best paid footballer of all time. [marca, espn] pic.twitter.com/Fu6vihn2h7
— Barça Universal (@BarcaUniversal) August 15, 2020
Ketibaan Messi di Serie A pasti akan membuatkan nilai komersil liga itu semakin meningkat naik.
Bayangkan jika Juventus memiliki Cristiano Ronaldo, Inter Milan pula memiliki Lionel Messi dalam daftar pemain mereka. Ia seolah-olah El Klasiko telah berpindah dari Sepanyol ke Itali, dan menjadikan perseteruan Inter-Juventus ke tahap baharu.
Newell Old Boys
Newells’ Old Boys merupakan kelab bola sepak pertama yang disertai oleh Messi – walaupun tidak pernah melakukan penampilan bersama pasukan senior.
Di kelab itulah bakat Messi pertama kali dihidu oleh Barcelona satu ketika dahulu.
Lionel Messi: "My dream was always to be a football player in the Primera División with Newell's". pic.twitter.com/TkrIWK2Cic
— Newell's Old Boys – English (@Newells_en) August 14, 2020
Sepanjang kariernya bersama Newell, Messi telah menjaringkan lebih 500 gol untuk pasukan akademinya.
Pada usia 33 tahun, karier Messi boleh dikatakan berada di penghujung. Ianya pasti sesuatu yang hebat untuk menamatkan apa yang dimulakan satu ketika dahulu di kelab yang sama.
Penutup
Kelab manakah yang patut disertai oleh Messi. Atau patutkah beliau menyertai Manchester United atau Liverpool?
Bincangkan.