5 Kad Merah Termasuk Neymar Tatkala PSG Rebah Kepada Marseille

Perlawanan klasik diantara Paris Saitn-Germain dan Marseille di Parc des Princes berakhir dengan kemenangan buat pasukan pelawat. Namun apa yang berlaku pada masa tambahan lebih banyak mencuri tumpuan dalam perlawanan ini.

Sejumlah 10 kad kuning, dan 5 kad merah -5 untuk PSG. 2 untuk Marseille- telah dilayangkan sepajang perlawanan setelah perlawanan menjadi hilang kawalan.

Pemain pertama yang dilayangkan kad merah kedua-duanya adalah bek kiri: Layvin Kurzawa (PSG) dan Jordan Amavi (Marseille).

Kedua-dua pemain kelihatan bercakaran di bahagian tengah padang.

Kemudian tiba giliran Leandro Paredes dan Dario Benedetto bercakaran dalam insiden berasingan selepas pemain tengah PSG itu melakukan terjahan lewat terhadap penyerang Marseille itu, yang kemudiannya bertindak menyepak bola.

Paredes dan Benedetto yang sudah menerima kad kuning pertama kemudiannya dilayangkan kad kuning kedua perlawanan.

Neymar menjadi pemain seterusnya menerima arahan keluar padang selepas semakan melalui VAR membuktikan bintang Brazil itu memukul Alvaro Gonzalez di bahagian belakang kepala.

Kedua-duanya kelihatan bertelingkah secara lisan sebelum itu.

“Dia rasis. Sebab itu saya pukul dia,” kata Neymar kepada pegawai keempat perlawanan ketika melangkah keluar dari padang.

Seolah-olah segala drama yang ada tidak cukup, muncul lagi satu insiden memalukan. Angel di Maria kelihatan meludah Alvaro dan perbuatan itu sememangnya dilarang berdasarkan SOP.

VAR bagaimanapun berkata Alvaro bukan diludah secara langsung seperti yang didakwanya kepada pengadil.

Florian Thauvin menjaringkan satu-satunya gol dalam perlawanan ini untuk PSG tewas dua perlawanan pembukaan Ligue 1 buat pertama kali sejak 1984/85.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.