Dalam sukan tinju, banyak gerakan dan teknik tumbukan yang dicipta untuk memastikan ini menjadi ancaman utama kepada lawan mereka.
Dalam artikel kali ini, kami bawakan 5 teknik tumbukan dalam sukan tinju yang memiliki impaknya yang tersendiri.
1. Jab And Grab
Teknik ini adalah teknik yang menggabungkan aspek bertahan dan menyerang pada satu masa yang sama. Selepas melakukan jab, peninju akan cepat cepat merangkul/memeluk (grab) lawan mereka untuk memastikan lawan tidak dapat melakukan tumbukan balas kilat.
Teknik ini adalah untuk meletakkan lawan dalam keadaan tidak dapat melakukan tumbukan pada jarak terbaik. Namun begitu, anda harus fahami apa itu tumbukan jab di dalam tinju.
Jab adalah tumbukan dengan kedudukan tangan di hadapan secara terus.
Anda boleh saksikan beberapa variasi tumbukan jab di bawah ini.
2. The Straight
Ramai yang keliru dengan jab dan straight punch. Straight punch adalah tumbukan yang lebih kuat di mana tangan menumbuk dari posisi dalam (deeper).
Untuk peninju yang meletakkan kaki kiri di hadapan, tangan kiri adalah tangan terbaik untuk melakukan jab manakala tangan kanan adalah untuk melakukan tumbukan straight.
Impak tumbukan ini adalah lebih kuat berbanding dengan jab walaupun dari segi kecepatan, jab adalah cepat.
Tumbukan ini adalah salah satu asas yang biasa dikuasai oleh petinju selain daripada jab, hook dan uppercut. Kombinasi teknik asas ini jika menjadi, sudah cukup memberikan masalah kepada lawan anda.
Floyd Mayweather dikenali dengan cara pertarungan yang lebih defensif dan cuba mencari ruang yang sesuai untuk melancarkan serangan. Beliau antara petinju memiliki tumbukan straight yang ‘membunuh’ kerana seringkali dilancarkan pada masa yang tepat.
3. The Bolo Punch
Teknik ini adalah daripada uppercut. Namun ia adalah variasi uppercut yang lebih panjang. Ini kerana ianya dilakukan dengan tangan dihayunkan dari posisi jauh di belakang.
Teknik ini adalah untuk mengganggu tumpuan lawan dan membuka posisi pertahanan mereka. Antara pakar gerakan ini adalah Sugar Ray Leonard , Kid Gavilan dan Roy Jones Jr.
4. Haymaker
Teknik ini seperti hook. Bezanya ianya dilakukan keadaan extension tangan yang lebih panjang. Haymaker adalah tumbukan yang dilakukan dengan lebih liar dan tenaga yang lebih banyak berbanding dengan hook.
Biasanya haymaker adalah untuk petinju yang masih ada tenaga yang banyak dan mereka yakin akan menumbangkan lawan mereka dengan tenaga yang ada itu.
Kelemahan teknik ini, jika lawan anda mampu bertahan dan melakukan ‘counter-punch’, anda akan dalam masalah kerana sudah menggunakan tenaga yang banyak secara berterusan dalam satu masa.
Ia juga satu teknik yang kurang disiplin bertahan dan terlalu ofensif.
5. Cheek Hook
Ini juga satu lagi variasi daripada hook. Nama itu sendiri sudah membuatkan anda bayangkan yang ianya adalah hook ke bahagian pipi.
Ianya dilakukan dalam situasi tertentu. Gerakan ini kegemaran Mayweather untuk menghentikan kemaraan lawan beliau yang agresif.
Ketika lawan datang dan cuba melakukan serangan, ia adalah situasi yang sangat efektif untuk melakukan cheek hook. Jika ia dilakukan dengan sempurna, tumbukan ini boleh membuatkan lawan terduduk ataupun KO.
Inilah teknik yang digunakan Mayweather ketika menamatkan rekod tanpa kalah Ricky Hatton.
Apa sahaja eksekusi dalam tinju, jika ianya dilakukan dengan baik, pastinya memberikan pulangan yang baik. Latihan berterusan amat penting untuk memastikan setiap tumbukan dikuasai dengan sebaik mungkin.
Nanti kami akan kongsikan beberapa lagi beberapa variasi tumbukan lain dalam sukan tinju untuk anda.