4 Pilihan Untuk Mesut Ozil Setelah Digantung Tidak Bertali Di Arsenal

Masa hadapan Mesut Ozil bersama Arsenal tampak kelam. Tidak keterlaluan juga jika kita bertanggapan ianya sudah berakhir buat Ozil bersama Arsenal.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berkata beliau merasakan dirinya gagal dengan Mesut Ozil selepas tidak meletakkan pemain tersebut di dalam skuad 25 pemain yang didaftarkan untuk aksi di Premier League pada musim ini.

Pemain dari Jerman itu terlebih dahulu tidak berada di dalam senarai skuad Arsenal untuk pertandingan Premier League dan kini hanya boleh beraksi bersama skuad B-23 The Gunners sehingga kontraknya tamat pada musim panas 2021.

Pemain berusia 32 tahun itu menyertai Arsenal dengan tanda harga £42.4 juta pada 2013 dan merupakan rekod kelab pada ketika itu.

Namun kini nasib Ozil di Arsenal seperti bergantung tidak bertali. Apakah pilihan yang beliau miliki untuk langkah seterusnya?

1. Bertahan di Arsenal

Seperti yang dikongsi melalui akaun Instagram peribadinya, Mesut Ozil bertekad untuk terus berjuang sebaik mungkin untuk mendapatkan peluang kembali beraksi bersama Arsenal. Perkara ini tidak mudah. Namun jika Ozil menampilkan kesungguhannya, dan sebagai profesional, Mikel Arteta pasti melihat kepada perkara itu.

 

View this post on Instagram

 

This is a difficult message to write to the @Arsenal fans that I’ve played for over the past few years. I’m really deeply disappointed by the fact that I have not been registered for the @premierleague season for the time being. Upon signing my new contract in 2018, I pledged my loyalty and allegiance to the club that I love, Arsenal, and it saddens me that this has not been reciprocated. As I have just found out, loyalty is hard to come by nowadays. I’ve always tried to remain positive from week to week that there’s maybe a chance to get back in the squad soon again. That’s why I kept silent so far. Before the Coronavirus break I was really happy with the development under our new coach Mikel Arteta – we’ve been on a positive way and I would say my performances were on a really good level. But then things changed, again, and I was not longer allowed to play football for Arsenal. What else can I say? London still feels like home, I still have many good friends in this team, and I still feel a strong connection with the fans of this club. No matter what, I will keep fighting for my chance and not let my 8th season at Arsenal end like this. 🙏🏼🙏🏼 I can promise you that this hard decision won’t change anything in my mindset – I will continue to train as best as I can and wherever possible use my voice against inhumanity and for justice. #M1Ö #YaGunnersYa

A post shared by Mesut Özil (@m10_official) on

Namun jika benar ada konspirasi supaya Ozil tidak lagi diturunkan bersama Arsenal sehingga kontrak pemain itu tamat pada penghujung musim, ia juga tidak mengapa. Buat masa ini Ozil hanya dibenarkan beraksi bersama skuad Bawah-23 The Gunners, kesempatan ini boleh digunakan untuk mengekalkan kecergasan sebelum menyertai mana-mana kelab lain selepas itu.

2. Dipinjamkan ke kelab lain

Mesut Ozil sudah pasti tidak akan beraksi dalam perlawanan kompetitif pada separuh musim pertama ini. Keadaan boleh berubah pada separuh kedua musim jika Arsenal boleh meminjamkan pemain ini ke kelab lain.

Pada ketika ini Arsenal perlu membayar £350,000 seminggu walaupun pemain ini tidak beraksi. Meminjamkan Ozil kepada pasukan lain mungkin menjadi salah satu kaedah untuk meringankan beban kewangan yang perlu ditanggung oleh Arsenal.

Untuk ini, Arsenal boleh mengambil contoh bagaimana Manchester United meminjamkan Alexis Sanchez ke Inter Milan sebelum melepaskan pemain itu.

3. Perpindahan ke Turki

Turki sentiasa dilihat sebagai tempat di mana pemain-pemain ternama berusia atas 30 tahun menghabiskan sisa karier. Dan menyertai mana-mana kelab di Turki juga boleh menjadi salah satu pilihan yang menarik buat Ozil yang sudah mencecah usia 32 tahun.

Lebih dari itu, Turki pasti akan menjadi destinasi seterusnya yang istimewa buat Ozil kerana negara tersebut adalah tempas asal usul salasilah keluarganya. Bukan rahsia lagi bahawa Ozil juga adalah seorang penyokong Fenerbahce dan sering membicarakan mengenai kelab tersebut kepada rakan sepasukan di Arsenal, Mohamed Elnely.

4. Pindah ke MLS

Major League Soccer (MLS) kini juga merupakan destinasi utama bintang bola sepak dari Eropah apabila memasuki usia 30-an. Ozil adalah salah seorang pemain yang sering dikaitkan dengan salah satu kelab di Amerika Syarikat, DC United.

DC United sendiri merasakan Ozil mempunyai profil yang tepat untuk menjadi pengganti kepada Wayne Rooney yang pernah beraksi bersama kelab itu.

mulai menjadi tujuan para bintang Eropa yang memasuki usia 30-an. Ozil pun menjadi salah satu bintang yang kerap dikaitkan dengan kompetisi tersebut, setelah diketahui menjadi incaran DC United. MLS boleh menjadi tempat yang tepat untuk Ozil kembali mendapatkan prestasi terbaiknya.

Penutup

Sejak menyertai Real Madrid 7 musim lalu, Ozil telah menjaringkan 44 gol dari 254 penampilan di semua pertandingan untuk The Gunners.

Beliau bukan pemain pilihan di bawah kendalian Unai Emery sebelum kembali bersama kesebelasan utama di bawah kendalian Freddie Ljungberg.

Perlantikan Arsenal pada Disember 2019 membawa sedikit sinar harapan buat pemain itu namun panas yang disangka hingga ke petang namun hujan di tengah hari.

Tiba masanya Ozil memutuskan sesuatu.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.