Drama bola sepak terbesar pada musim panas ini telah berakhir. Lionel Messi akhirnya mengesahkan dirinya kekal bersama Barcelona sehingga kontraknya tamat pada musim panas akan datang.
Pemain dari Argentina itu turut berbicara mengenai apa yang berlaku, bagaimana hubungan beliau dengan kelab dan tidak teragak-agak menamakan musuh No.1 beliau: Josep Maria Bartomeu.
Walau apa pun, Bartomeu nampak menang kerana berjaya mengekalkan Messi. Namun pada masa yang sama kejayaan tersebut turut disertai oleh akibat-akibat seperti berikut:
Had kewangan
Dengan suasana ekonomi pada hari ini yang menerima kesan secara langsung dari penularan wabak, ini bermakna Barcelona harus membelanjakan 100 juta euro selepas Messi mengumumkan akan kekal.
Itulah bayaran yang harus dibayar oleh kelab untuk gaji Messi setelah sebelum itu kita menjangkakan Barcelona akan menerima duian runtuh hasil penjualan pemain ini.
Perbelanjaan untuk Messi bermakna akan wujud had kewangan, dan menyukarkan usaha membawa masuk pemain berpotensi seperti Lautaro Martinez, Georginio Wijnaldum dam Memphis Depay.
🚨 WORLD EXCLUSIVE 🚨
Lionel Messi will NOT be leaving Barcelona, we can confirm.
We sat down with the man himself to clear up a few things 🐐
Here's what he had to say: pic.twitter.com/NfnhGpZpXc
— Goal (@goal) September 4, 2020
Keretakan institusi
Messi kekal sebagai pemain Barcelona dan perkara pertama beliau lakukan ialah mengkritik pengurusan atasan kelab.
“Perkara sebenarnya ialah tidak wujud sebarang projek jangka masa panjang di kelab ini,” dedah Messi kepada Goal.com
“Mereka berselindung dan menutup kelemahan dari masa ke semasa.”
Hubungan Messi dengan Bartomeu sudah lama rosak. Begitu juga hubungan Bartomeu dengan pemegang taruh yang lain. Ia pasti pemilihan jawatan Presiden yang panas pada Mac hadapan.
Breaking: Lionel Messi has announced he is staying at Barcelona in an interview with Goal.
Despite wanting to leave the Camp Nou, he didn't want to take the club to court so he decided to stay. pic.twitter.com/hvOszvfkHk
— SportsCenter (@SportsCenter) September 4, 2020
Penyokong berpecah
Apa yang berlaku sepanjang tempoh dua tiga minggu ini turut mewujudkan kelompok-kelompok penyokong berlainan di dalam Barcelona.
Kritikan terhadap Messi telah meningkat akhir-akhir ini dan prestasi di dalam padang yang merudum menyebabkan pemain itu berhadapan reaksi yang beliau tidak pernah hadapi sebelum ini.
Messi bukan lagi watak penting yang sudah tidak boleh disentuh dalam struktur gergasi dari Catalan ini.
Lionel Messi speaks out. 💥 pic.twitter.com/j1pkqC77s3
— B/R Football (@brfootball) September 4, 2020
Perubahan atmosfera bilik persalinan
Ini adalah perkara paling bahaya yang boleh menjejaskan prestasi Barcelona secara langsung di atas padang.
Kita semua tahu pertemuan Messi dengan Ronald Koeman berakhir dengan tegang, dan hanya beberapa pemain diberikan kepercayaan sepenuhnya oleh pengendali dari Belanda itu.
Pada masa yang sama sekutu Messi seperti Luis Suarez dan Arturo Vidal dijangka akan meninggalkan Nou Camp pada musim panas ini.
Hanya Jordi Alba dan Sergio Busquets sebagai pemain senior yang masih dikekalkan.
Koeman mempunyai karakter yang kuat dan tidak gemar akan pemain yang lantang bersuara. Maka boleh kita katakan hubungan Koeman dan Messi akan menjadi penenti kepada nasib Barcelona pada musim 2020/21.
"In the end he did not keep his word."
Lionel Messi reveals promises were broken by Josep Bartomeu. pic.twitter.com/wX2hVYxLjH
— Squawka News (@SquawkaNews) September 4, 2020
Penutup
Adakah Barcelona mengambil langkah yang betul dengan mengekalkan Messi? Adakah lebih baik untuk Messi dilepaskan?
Apakah kesan kepada Barcelona kerana mengekalkan Messi? Adakah ianya akan membawa lebih banyak kebaikkan, atau hanya akan membinasakan mereka?
Hanya masa yang akan menentukan.