Penyokong Manchester United pastinya gembira mendengar perkembangan terkini pasukan mereka. Di mana 3 pemain utama mereka kembali semula ke dalam pasukan.
Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer telah menyenaraikan nama David De Gea, Anthony Martial dan Aaron Wan Bissaka dalam senarai akhir pemain yang akan terlibat dalam aksi menentang Liverpool malam ini.
Man United kini terjatuh ke tangga ke-14 selepas aksi EPL pada sebelah Sabtu. Mereka mahu memperbaiki kedudukan di dalam liga.
Sebelum ini, De Gea mengalami kecederaan di bahagian groin ketika bermain untuk Sepanyol. Namun penjaga gol itu kembali semula bersama pasukan.
“Saya menonton perlawanan itu, saya ingatkan De Gea akan berehat lebih lama sehingga perlawanan antarabangsa seterusnya. Namun ternyata kecederaan beliau tidak seteruk yang disangkakan.”
Selain daripada De Gea, nama Anthony Martial turut disenaraikan di dalam pasukan. Beliau menjaringkan 2 gol daripada 3 perlawanan terakhirnya. Namun selepas itu terpaksa berehat kerana cedera ketika berhadapan dengan Crystal Palace.
Kini Martial berpeluang untuk menyambung rekod gol beliau musim ini dalam aksi menentang Liverpool.
Martial memberitahu laman rasmi Man United: “Sekarang saya sudah dapat balik jersi no.9 saya. Ole sudah memberitahu saya bahawa saya kini ada tanggungjawab yang sangat besar dengan nombor tersebut.”
“Oleh sebab itu saya perlu menjaringkan gol. Itulah yang saya sedang cuba lakukan sekarang.”
Man United masih belum menjaringkan lebih dari 1 gol dalam EPL musim ini, selepas kemenangan 4-0 ke atas Chelsea pada hari pembukaan.
Malah Ole Gunnar Solskjaer mengakui barisan serangan pasukannya sedang berhadapan krisis keyakinan diri.
Berbanding dengan bahagian pertahanan yang disifatkan Ole sebagai sudah cukup ampuh untuk berhadapan dengan mana-mana lawan mereka.
Aaron Wan-Bisaka memberikan kegembiraan berganda kepada kem United apabila namanya turut tersenarai di dalam pasukan yang akan berhadapan dengan Liverpool.
Wan-Bissaka pemain bek kanan yang cemerlang bersama Man. United musim ini. Beliau akan berhadapan dengan Sadio Mane.
Ole Gunnar Solskjaer dalam sidang media perlawanan beliau sebelum ini menyatakan bahawa aksi menentang Liverpool sebagai sempurna untuk mereka bangkit selepas tewas di tangan Newcastle.
Ole juga mahukan kemenangan daripada aksi ini, untuk menaikkan semula keyakinan mereka.