3 Merseyside Derby Paling Gila & Panas Pernah Berlangsung Era Premier League

Tahukah anda pertembungan di antara dua kelab Merseyside, Liverpool dan Everton adalah pertembungan yang paling kotor dalam sejarah bola sepak Inggeris?

Walaupun kedua kelab berasal dari titik geografi yang sama, tetapi aksi di atas padang tidak menggambarkan gelaran “friendly derby” yang diberikan.

“Friendly derby” adalah jolokan yang diberi untuk pertembungan ini kerana taburan penyokong yang berbeza di bandar Liverpool.

Satu keluarga Liverpool mungkin akan berjiran dengan keluarga Everton. Atau si suami, seorang penyokong Liverpool, isteri pula penyokong Everton.

Disebabkan nilai kekeluargaan didalam derbi Meseyside, perlawanan membabitkan Liverpool dan Everton dikenali sebagai ‘The friendly derby’.

Namun tiada istilah kawan ketika aksi di padang menjadi pertaruhan. Perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan merupakan antara perlawanan yang paling diwarnai dengan layangan kad merah di dalam Liga Inggeris.

Untuk rekod, sejumlah 21 kad merah dilayangkan kepada pemain dari kedua-dua buah kelab sejak Liga Perdana Inggeris diperkenalkan pada tahun 1992.

Jumlah ini adalah tertinggi dibandingkan dengan mana-mana pertembungan di antara dua buah kelab di EPL sejak 1992.

Berikut adalah 5 perlawanan Merseyside derby yang paling dikenang.

Liverpool vs Everton: 20 April 2016- Anfield

Perlawanan ini berlangsung pada musim lepas. Pada ketika ini, nama Divock Origi sedang panas sebagai pemain muda harapan Liverpool selepas Michael Owen.

Liverpool sedang mendahului selesa dengan jaringan 2-0 sebelum kegilaan Funes Mori menerjah keras Divock Origi.

Funes Mori dilayangkan kad merah. Liverpool terus bernafsu menambah lagi dua gol untuk perlawanan berakhir 4-0.

Origi mengalami kecederaan koyak ligamen. Sesudah pulih, tiada lagi kedengaran persamaan dengan Michael Owen diperkatakan.

Liverpool vs Everton: 27 September 1999- Anfield

Perlawanan yang berakhir dengan kemenangan 1-0 ini adalah yang paling meriah dengan layangan kad merah.

Francis Jeffers yang bertembung dengan Sanders Westervelt telah menimbulkan pergaduhan di antara kedua-duanya. Pengadil terpaksa berlaku adil dan melayangkan kad merah buat dua pemain ini.

Steven Gerrard yang baru setahun jagung pada masa itu juga tidak ingin ketinggalan untuk menempa nama sebagai penerima kad merah.

Perlawanan berkesudahan dengan 1 gol jaringan Kevin Campbell manakala Jeffers, Westervelt dan Gerrard mencatat nama sebagai penerima kad merah.

Everton vs Liverpool: 16 April 1997- Goodison Park

Derbi ke-156 di antara dua kelab ini berakhir dengan jaringan 1-1.

Tetapi insiden “off the ball” melibatkan David Unsworth dan Robbie Fowler mencuri tumpuan. Selepas terjahan keras Unsworth terhadap Fowler, perlawanan diteruskan oleh pengadil tanpa memberikan “foul”.

Kedua-dua pemain yang mulai bertengkar mulut akhirnya mulai melayangkan tumbukan menyebabkan pengadil juga terpaksa melayangkan kad merah buat kedua-dua pemain.

Fowler terpaksa ditahan oleh rakan sepasukan dan staff kejurulatihan daripada terus mencari Unsworth dan terpaksa diiring ke bilik persalinan masing-masing.

Untuk rekod, Robbie Fowler berada di puncak prestasi dan menjaringkan 31 gol dalam semua pertandingan pada musim tersebut.

Sayang seribu kali sayang. Fowler digantung dalam 3 perlawanan terakhir liga dan Liverpool gagal mencabar Manchester United untuk muncul juara pada musim tersebut.

Liverpool mengakhiri musim tersebut kecewa di tempat ke-4.

Penutup: Friendly Derby?

Apa pendapat anda? Adakah derbi Merseyside sewajarnya digelar Friendly derby? Apa pun ia, derbi ini amat istimewa kerana ia melibatkan nilai kekeluargaan.

Pada musim ini derbi Merseyside yang akan berlangsung pada hujung minggu ini pasti menjadi antara perlawanan yang dinanti-nantikan.

Everton di bawah kendalian Carlo Ancelotti pada musim ini telah menang semua empat perlawanan dengan penuh bergaya untuk menduduki kedudukan teratas Premier League.

Liverpool yang tampil selaku juara bertahan pula pasti mahu melupakan duka dimalukan Aston Villa dengan kekalahan 7-2 sebelum tempoh rehat antarabangsa tempoh hari.

Satu perkara yang pasti, kekalahan kepada Everton pasti merupakan perkara yang anak buah Jurgen Klopp mahu elakkan kali ini.

Jadi siapakah yang akan bergelar Raja Merseyside pada musim ini?

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.