15 Minit Sahaja Berlatih Sebelah Pagi Untuk Mengaibkan Manchester United Sebelah Malam – De Bruyne

Kevin De Bruyne membuat satu pendedahan berani mati tentang tips mereka gunakan untuk mengalahkan Manchester United di hadapan penyokong mereka sendiri.

Pemain kebangsaan Belgium itu terlalu jujur dalam mendedahkan latihan yang sangat ringan. Seperti pertemuan mengisi borang permohonan subsidi baja di balai raya.

Manchester City menang 3-1 ke atas Manchester United dalam aksi derbi Manchester pada aksi Piala Carabao, peringkat separuh akhir pertama.

Wartawan mulanya menjangka bahawa, Manchester City berlatih bagai nak gila untuk perlawanan ini. Namun ternyata wartawan mendapat jawapan yang sangat mengejutkan.

Ini apabila Kevin De Bruyne menyatakan cuma 15 minit sahaja latihan sebelah Selasa sebelah pagi untuk aksi malam tersebut.

Manchester City turun tanpa penyerang tulen, seperti Sergio Kun Aguero ataupun penyerang kebangsaan Brazil iaitu Gabriel Jesus.

Bernardo Silva dan De Bruyne menjadi nadi penting Man City mengucar-kacirkan pasukan lawan dan mengaibkan pasukan jiran mereka itu.

Aksi De Bruyne yang membuatkan Phil Jones hilang punca antara rangkuman yang paling menarik dalam perlawanan itu.

Beliau menggelecek sepantas kilat pemain kebangsaan England itu.

De Bruyne menyatakan mereka cuma berlatih satu sesi latihan 15  minit. Ibarat anda set satu permainan FIFA  dan tamat.

Latihan itu berlaku pada sebelah pagi, hari perlawanan. Di sebelah malam pula, aksi separuh akhir Piala Carabao menentang jiran mereka Manchester United.

De Bruyne berkata: “Kami cuma berlatih 15 minit pada pagi tadi (Selasa) ini. Itu sahaja.”

De Bruyne menyatakan mereka sudah tahu taktikal Manchester United yang akan cuba bermain kawalan pemain vs pemain.

“Bukannya pertama kali kami melawan pasukan yang memilih man vs man. Sebelum ini pernah bermain melawan pasukan seperti ini. Misalnya Cardiff, United, rasanya Barcelona pun sama.”

Manchester City merupakan juara bertahan Piala Carabao. Mereka ingin memastikan piala ini dikekalkan terus di Etihad selepas ini.

City di hadapan menerusi Bernardo Silva. Gol kedua City adalah menerusi Riyad Mahrez. Diikuti jaringan sendiri oleh Andreas Pereira.

Gol tunggal Man United adalah menerusi Marcus Rashford. Satu rembatan deras ke arah gawang Man City.

Ole Gunnar Solskjaer agak kecewa dengan prestasi Manchester United. Namun beliau yakin akan dapat bagkit.

Sebelum ini Man United diikat oleh Wolves dalam aksi Piala FA.

United masih ada harapan untuk bangkit ke atas City dan mara ke final. Mereka boleh melakukannya dalam aksi kedua yang akan berlangsung di Stadium Etihad selepas ini.

Selain itu, Manchester United akan kembali semula di dalam saingan liga untuk berusaha menempatkan diri dalam slot ke Eropah pada musim hadapan.

Manchester United juga berharap akan dapat pemain seperti James Madisson dalam perpindahan kali ini.