15 Kelab Paling Bernilai Di Eropah Selepas Liverpool Beli Thiago Dan Jota

Liverpool telah berjaya membawa masuk dua pemain di dalam tempoh seminggu, iaitu Thiago Alcantara dan juga Diogo Jota, sekaligus meningkatkan nilai skuad yang dimiliki oleh Jurgen Klopp.

Kejayaan Liverpool memancing Thiago dari Bayern Munich pada nilai £30 juta dilihat sebagai pembelian berbaloi. Pemain antarabangsa Portugal, Jota pula memilih untuk ke Anfield dengan yuran perpindahan £41 juta dari Wolves.

Dua perpindahan ini menjadikan Liverpool kini memiliki skuad paling berharga di Eropah – selepas melonjak dua anak tangga dari kedudukan ketiga sebelumnya di dalam senarai Transfermarkt.

Berdasarkan data dari GiveMeSport juga, Liverpool kini dipercayai mempunyai sebuah skuad yang bernilai hampir £1 billion, iaitu £986.67 juta!

Di kedudukan kedua pula adalah Manchester City (£933.14 juta). Walaupun berada di kedudukan kedua, Pep Guardiola memiliki dua pemain paling bernilai di Premier League, iaitu Rahem Sterling yang dianggarkan bernilai £115.2 juta dan Kevid de Bruyne pada nilai £108 juta.

Barcelona yang bergelut di saingan LaLiga dan eropah pada musim lalu pula berada di kedudukan ketiga.

Kejayaan mengekalkan Lionel Messi turut membantu kedudukan tersebut dengan nilai pemain itu sahaja berada di atas paras £100 juta, dan Antoine Griezmann adalah pemain kedua paling bernilai (£86.4 juta).

Chelsea berbelanja besar pada musim panas ini, namun di eropah, The Blues hanya berada di kedudukan ke-4 sebagai pasukan paling bernilai dengan nilai keseluruhan £825.93 juta.

Kai Havertz menjadi pemain paling mahal berada di dalam senarai The Blues (£72.9 juta) di hadapan N’Golo Kante (£72.9 juta).

Di kedudukan ke-10 pula ialah Tottenham Hotspur yang mengatasi Arsenal, dengan nilai Harry Kane sahaja sudah bernilai £108 juta.

Juara Sepanyol, Real Madrid berada di kedudukan kelima di dalam senarai tersebut, dengan Eden Hazard dianggap sebagai pemain paling bernilai pada harga £72 juta – walaupun melalui kempen yang ingin dilupakan musim lalu.

Kemampuan kelab Premier League mendominasi senarai teratas skuad paling bernilai berkemungkinan besar disebabkan kemampuan mereka untuk berbelanja.

Juara Eropah musim lalu, Bayern Munich yang dianggap pasukan terhebat di Eropah pada musim lalu hanya berada di tangga keenam.

 

Robert Lewandowski adalah pemain terbaik mereka. Namun pada usia 32 tahun, Lewandowski tidak menawarkan nilai sehebat Serge Gnabry yang dianggarkan bernilai £81 juta dan termahal untuk kelab Jerman itu.

Manchester United pula berada di kedudukan ke-7 dengan Paul Pogba dan Marcus Rashford dianggap sebagai aset terbesar kelab itu miliki.

Paris Saint-Germain yang dibarisi ramai pemain bintang dunia pula berada di kedudukan  ke-8 dengan Kylian Mbappe sahaja dikatakan mempunyai nilai £162 juta.

Inter Milan pula adalah kelab paling bernilai di Itali dengan nilai keseluruhan £660.69 juta, diikuti Juventus di kedudukan kedua dengan Cristiano Ronaldo kini hanya bernilai £54 juta.

Berikut adalah senarai penuh 15 kelab yang memiliki skuad paling bernilai di Eropah.

15. Napoli (£531.16 million)

14. Borussia Dortmund (£534.38 million)

13. Arsenal (£581.45 million)

12. Juventus (£593.28 million)

11. Inter Milan (£660.69 million)

10. Tottenham (£697.1 million)

9. Atletico Madrid (£702 million)

8. PSG (£706.41 million)

7. Man United (£719.46 million)

6. Bayern Munich (£755.96 million)

5. Real Madrid (£789.48 million)

4. Chelsea (£825.93 million)

3. Barcelona (£916.29 million)

2. Man City (£933.14 million)

1. Liverpool (£986.67 million)

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.