15 Atlet Sukan Terkenal Dengan Rumah Agam Mewah

Leo Maestro 1 minggu yang lalu

Atlet moden hari ini ramai yang menjadi jutawan. Rumah pula merupakan keperluan asas. Sudah pastinya mereka mahu memiliki kediaman bak istana. Berikut adalah antara 15 rumah agam termewah milik atlet sukan.

1. Serena Williams

Antara pemain tenis wanita paling berjaya. Beliau memiliki pendapatan sekitar $75 juta di dalam karier beliau. Serena memiliki nrumah yang terletak di Palm Beach Garden dengan keluasan 11,000 kaki persegi.

Rumah beliau menelan kos $2.5 juta. Memiliki 5 kamar tidur, dan gelanggang tenis berkeluasan 7,370 kaki persegi.

2. Big Boy Mansion – Floyd Mayweather

Rumah beliau ada akaun instagram sendiri bernama bigboymansion. Rumah yang memiliki 12 bilik mandi, dengan lantai bertatahkan batu marmar mewah.

#FendiFurniture

A post shared by Floyd Mayweather's Mansion (@bigboymansion) on

Ada 2 pawagam dengan lampu rumah beliau direka khas oleh Fendi. Rumah beliau menelan kos sekitar $3 juta namun di garaj beliau, keseluruhan kereta yang beliau miliki setakat ini sekitar $15 juta.

3. Stephen Curry

Pemain NBA sensasi ini memiliki rumah berkonsepkan Mediterranean. Ada 5 bilik tidur, dapur mewah di luar rumah, bilik khas untuk sidang media dan juga ‘gaming’.

Beliau juga ada bilik khas yang menempatkan wain-wain mewah dari seluruh dunia. Steph Curry membelanjakan sekitar $3.2 juta untuk rumah berkeluasan 7,900 kaki persegi ini.

4. CR7 – Cristiano Ronaldo

Salah seorang pemain bola sepak terbaik di dalam sejarah ini memiliki rumah dengan nilai sekitar $7.1 juta. Beliau membina rumah ini di kawasan ekslusif La Finca di daerah Posuelo de Alarcon. Ronaldo berjiran dengan Bale dan Zidane.

Rumah beliau mungkin diberikan nama CR7 kerana banyak sekali simbol itu digunakan oleh beliau. Beliau sukakan rumah yang berkilat dengan refleksi cermin. Namun di garaj beliau ada beberapa kereta mewah!

5. Jordan Spieth

Baru berusia 24 tahun, pemain golf ini sudah memiliki rumah bernilai $7.1 juta di Preston Hallow.

Rumah ini berkeluasan 16,665 kaki persegi dengan kolam renang mewah dan cantik. Ada pusat simulator permainan golf dan konsep yang ringkas tetapi mewah.

6. Shaquille O’ Neal

Gergasi di gelanggang NBA ini juga memiliki rumah gergasi. Rumah beliau berkeluasan 70,000 kaki persegi dengan bilik tidur utama memiliki katil berkeluasan 30 kaki pesegi dan cadar Superman.

Beliau ada 11 bilik tidur, 13 bilik mandi dan gelanggang bola keranjang 20,000 kaki persegi. Rumah beliau menelan kos $8 juta.

7. The Rogidence – Roger Federer

Jaguh Grand Slam ini membelanjakan sekitar $9.2 juta untuk rumah agam berkonsepkan glass mansion. Rumah beliau ada 3 tingkat. Ada penthouse dengan gaya balkoni yang mewah.

Federer sukakan ketenangan dan rumah beliau mengadap tasik. Rumah beliau berlokasi di Zurich, Switzerland. Tiada alasan untuk beliau enggan berumah di sana. Kerana atlet dan orang kaya dari seluruh dunia mengidamkan rumah di sana.

8. Palm Beach Garden – Rory McIllroy

Pada usia muda beliau sudah memiliki rumah bernilai $9.5 juta. Konsep rumah yang juga mesra alam dilimpahi cahaya matahari pada siang hari.

Rumah beliau terbuka dengan banyak kabinet di dalamnya. Beliau menggemari peralatan tumah moden. Ada gym, padang gol mini, pool, tab mandi air panas dan juga bilik trofi yang besar.

9. One-Zero Eco House – Lionel Messi

Messi memiliki rumah berkonsepkan mesra alam yang bertemakan bola sepak. Rumah beliau diberikan nama One-Zere Eco House sebagai simbolik kepada no.10 berlokasi di Barcelona.

Arkitek Sepanyol, Luis Garrido mereka rumah ini dengan konsep rumah teres. Ada sektor heksagon, kolam renang, dan juga ada beberapa kawasan padang rumput di bahagian bumbung beliau.

Messi dilaporkan membelanjakan sekitar $11 juta untuk rumah ini.

10. Chicago Chateau – Michael Jordan

Ianya memang sangat mewah. Bernilai sekitar $12.4 juta. Beliau memiliki pagar yang mewah dengan panjang 28,000 kaki. Rumah agam ini memiliki 18 struktur berbeza dengan 11 kamar tidur.

Jordan juga ada gelanggang bola keranjang, gym, rumah pengawal yang ditempatkan di 2 menara. Rumah beliau juga dilaporkan memiliki sistem ventilator yang sangat kuat kerana Jordan sukan berpesta dengan rakan-rakannya di ruang-ruang tertentu sambil bermain poker.

Forbes juga melaporkan Jordan menyenaraikan rumah beliau di pasaran dengan nilai sekitar $15 juta. Sudah 4 tahun beliau menggantungnya dan masih tiada pembeli setakat ini.

11. St. Jetersburg – Derek Jeter

Legenda dan pesara NBA ini memiliki rumah yang berkonsepkan Inggeris di Tampa, Florida. Dianggarkan harga rumah beliau adalah sekitar $13 juta.

Rumah yang diberi nama St. Jetersburg ini berkeluasan 31,000 kaki persegi. Memiliki 11 kamar tidur, 9 bilik mandi, kolam renang, spa, dok untuk bot dan beberapa garaj kereta. Jeter adalah pesara yang tenang!

12. LeBron James

Kami tak pasti apakah nama rumah beliau. Ia berlokasi di Brentwood. King James membelanjakan sekitar $21 juta untuk rumah mewah ini.

Rumah mewah ini memiliki 6 bilik tidur, cabana, dek, kolam renang dan bermacam lagi. Beliau pastinya sukakan kejiranan beliau yang rata-rata artis Hollywood.

13. Barry Bonds

Barry Bonds adalah atlet besbol yang terkenal dengan jolokan, raja home run. Beliau sudah pun bersara dan kini menikmati rumah mewah di Beverly Park California.

Rumah yang berkeluasan 17,100 kaki persegi ini memuatkan 13 kamar tidur, rumah khas untuk kolam renang, pusat sukan, pawagam dan gym. Beliau dilaporkan membelanjakan $25 juta untuk rumah agam beliau ini.

14. David Beckham

Rumah agam ini berlokasi di Kesington, London di sekitar Chelsea. Beckham dan Victoria memiliki banyak rumah termasuk di USA.

Rumah beliau ini ada 5 tingkat, 8 kamar tidur, gym dan spa mewah, rumah urut, bilik kecemasan (panic room) dan sistem penghawa dingin yang terbaik. Kos memasang penghawa dingin sahaja dikatakan bernilai $8 juta.

Beliau membelanjakan sekitar $58 juta untuk rumah ini. Tapi jarang juga dia tidur di sini.

15. Jupiter Island Mansion – Tiger Wood

Rumah beliau berkeluasan 16,127 kaki persegi. Ada padang golf yang sangat luas. Di sekitar rumah beliau ada landskap hijau dengan kayu kayan ditanam.

Woods membelanjakan sekitar $60 juta untuk rumah yang dilengkapi dengan kolam renang mewah dengan platform terjun. Rumah tetamu, gym, gelanggang hibrid untuk tenis dan bola keranjang serta pantai peribadi milik beliau.


SHARE ()