13 Pemain United Yang Peroleh Pendapatan Lebih Dari Bruno Fernandes

Bruno Fernandes merupakan pemain ke-14 yang peroleh pendapatan tertinggi dalam skuad Manchester United dan beliau telah menerima pendapatan sekitar £100,000 seminggu.

Pemain kebangsaan Portugal itu telah menjadi salah seorang pemain terpenting dalam skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer, sejak dari ditandatangani pada Januari lalu.

Beliau berjaya membawa United untuk peroleh kemenangan demi kemenangan dan terus menerus memberi impak positif untuk skuad.

Namun, beliau sebenarnya masih lagi bukan pemain paling bernilai di Old Trafford walaupun dirinya sendiri merupakan pemain terpenting dalam skuad.

Menurut laporan dari The Sun, penjaga gol United, David De Gea merupakan pemain yang peroleh pendapatan tertinggi bersama setan merah dengan beliau dilaporkan menerima pendapatan £350,000 seminggu.

Paul Pogba pula merupakan pemain kedua paling bernilai dalam skuad dengan beliau dilaporkan menerima pendapatan bernilai £290,000 seminggu.

Rakam senegara Pogba, Anthony Martial pula berada di kedudukan ketiga dalam senarai pemain paling bernilai di Old Trafford dengan beliau menerima pendapatan sekitar £250,000 seminggu.

Penandatanganan terbaru United, Donny Van De Beek dan Edinson Cavani juga kini memperoleh pendapatan yang lebih tinggi dari Fernandes.

Berikut merupakan senarai pemain Manchester United yang memperoleh pendapatan yang lebih tinggi dari Bruno Fernandes.

Nilai pendapatan pemain Manchester United:

Nama pemain/pendapatan tahunan/pendapatan mingguan.

David De Gea – £19.5 juta – £350,000

Paul Pogba – £15 juta – £290,000

Anthony Martial – £13 juta – £250,000

Marcus Rashford – £10.4 juta – £200,000

Edinson Cavani – £10 juta – £190,000

Harry Maguire – £9.8 juta – £189,000

Juan Mata – £8.3 juta – £160,000

Luke Shaw – £7.8 juta – £150,000

Odion Ighalo – £6.5 juta – £125,000

Fred – £6.2 juta – £120,000

Victor Lindelof – £6.2 juta – £120,000

Nemanja Matic – £6.2 juta – £120,000

Donny van de Beek – £5.6 juta – £108,000

Bruno Fernandes – £5.1 juta – £100,000

Namun, ianya mungkin akan berubah tidak lama lagi untuk pemain berusia 26 tahun itu, dengan Manchester United dilaporkan mahu mengikat beliau dengan menawarkan perjanjian baru.

The Mirror mendakwa, Fernandes kini dalam perundingan untuk mendapat pendapatan sekitar £200,000 seminggu selepas beliau mula diintai oleh Real Madrid dan Barcelona.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.