Siapa yang menjangkakan Barcelona akan tumbang dengan begitu hina seperti pada awal pagi tadi. 10 gol dijaringkan, lapan milik Bayern Munich untuk kelab Jerman itu melangkah penuh gaya ke separuh akhir.
Berikut 11 statistik luar biasa hasil dari perlawanan tersebut:
1. Barcelona bolos 5 gol
Sebelum perlawanan ini, belum ada pasukan yang pernah membocori gawang Barcelona dengan lima gol sepanjang sejarah pertandingan UEFA Champions League.
2. Rekod berganda
Dua gol minit akhor oleh Philippe Coutinho memberikan kemenangan 8-2 untuk Bayern Munich. 10 gol telah dijaringka adalah yang terbanyak pernah dihasilkan di peringkat suku akhir pertandingan ini.
Bayern are the first team in Champions League history to score eight in a single #UCL quarter-final match.
It equals Man Utd 7-1 Roma as the largest win at this stage in the competition. 🤯 https://t.co/jR6Cm1y6eB
— Squawka Football (@Squawka) August 14, 2020
Rekod sebelum ini adalah ketika Manchester United membelasah Roma 2-1 pada 2007. Bayern juga tampil sebagai pasukan pertama menjaringkan lapan gol dalam satu perlawanan di pusingan kalah mati.
3. Samakan rekod (Secara agregat)
Keputusan perlawanan pada pagi tadi juga menyamai rekod secara agregat terbesar pernah dijaringkan di suku akhir Champions League apabila Real madid menewaskan kelab Cyprus, Apoel pada 2017. Bezanya Bayern melakukannya dalam satu perlawanan.
The biggest aggregate win in a Champions League quarter-final history was Real Madrid 8-2 APOEL.
Bayern just equalled it against Barcelona in a single tie. 🤪 pic.twitter.com/aox2VTtJbJ
— Squawka Football (@Squawka) August 14, 2020
4. Barcelona di tahap terburuk
Kekalahan kali ini bermakna Barcelona berada di tahap terburuk mereka. Apalah sangat kekalahan di Anfield pada tahun lalu dibandingka dengan ini. Ia adalah kekalahan terburuk buat Messi.
Kali terakhir Barcelona diabkan sebegini dengan lapan gol ialah pada 1946. Sekurang-kurangnya Gerrard Pique bersetuju skuad Barcelona perlu dirombak. Malah Pique tidak kisah sekiranya dirinya dilepaskan.
5. Pencapaian Lewandowski
Robert Lewandowski menghasilkan 4 percubaan, lebih banyak daripada yang dihasilkan oleh keseluruhan pemain Barcelona yang hanya menghasilkan tiga pada babak pertama.
Penyerang Poland ini kini adalh salah seorang pemain yang menjaringkan gol dalam lapan perlawanan Champions League secara berturut-turut untuk berdiri sama tinggi dengan pemain seperti Ruud Van Nistelrooy dan Cristiano Ronaldo.
Only three players have scored in eight consecutive #UCL appearances:
✓ Ruud Van Nistelrooy
✓ Cristiano Ronaldo
✓ Robert LewandowskiRob-eight Lewandowski. pic.twitter.com/ZWINjjAWkj
— Squawka Football (@Squawka) August 14, 2020
Beliau juga adalah salah seorang daripada lima pemain yang telah menjaringka 50 gol di Champions League untuk sebuah kelab. Pemain lain adalah Messi, Cristiano Ronaldo, Raul dan Karim Benzema.
6. Muller mimpi ngeri Barcelona
Thomas Muller menjaringkan gol ketiga dan keempat Bayern. Ini bermakna Muller adalah pemain yang paling banyak membolosi gawang Barcelona di Champions League dengan enam gol.
In 2013, Thomas Müller scored home and away against Barcelona in the Champions League semi-final.
He's just opening the scoring in the 2019-20 #UCL quarter-final. pic.twitter.com/27qL7a7rub
— Squawka Football (@Squawka) August 14, 2020
7. Usia masalah Barcelona
Berdasarkan statistik OPTA, Barcelona telah menurunkan kesebelasan utama dengan purata usia paling tua (29 tahun, 329 hari) yang pernah mereka lakukan.
Lihat pula kepantasan pemain Bayern yang memberi masalah kepada mereka. Usia adalah masalah kepada Barcelona.
8. Positif untuk Suarez
Bergembiralah penyokong Barcelona. Ini satu berita positif untuk anda. Luis Suarez akhirnya berjaya menjaringkan gol di luar Nou Camp dalam pertandingan Eropah sejak 2015.
Pertemuan ini sebenarnya diadakan di gelanggang neutral. Secara teknikal, Barcelona bukan tun rumah. Boleh lah tu kan…
9. Bayern tiada pri kemanusiaan
Jentera serangan Bayern Munich pada musim ini sememangnya tiada pri kemanusiaan. Satu-satunya perlawanan mereka tidak menjaringkan lebih dari tiga gol ialah ketika menang 2-0 ke atas Olympiacos di peringkat kumpulan.
Dari sembilan perlawanan, Bayern telah menjaringkan 39 gol. Secara purata 4.3 gol satu perlawanan.
Gol terbanyak dalam satu musim di Champions League dihasilkan oleh Liverpool dengan 47 gol pada musim 2017/18. Namun pusingan kalah mati diadakan dua perlawanan diadakan secara timbal balik.
10. Sepanyol hilang dari radar
Buat pertama kali tiada kelab dari Sepanyol berada di separuh akhir Champions League. Kali terakhir ia berlaku ialah apabila Liverpool, Chelsea, Manchester United dan AC Milan layak ke separuh akhir 13 tahun yang lalu pada musim 2006/07.
For the first time since 2007, there will be no Spanish team in the #UCL semi-finals.
Adios, amigos. 👋 pic.twitter.com/N6WKqKB1UM
— Squawka Football (@Squawka) August 14, 2020
11. Zon bebas GOAT
Terpulang kepada anda bagaimana mahu menyimpulkan perkara ini. Buat kali pertama sejak musim 2004/05, tiada Messi atau Ronaldo akan beraksi di separuh akhir.
Kesimpulannya ia adalah petanda jelas tamatnya satu lagi era generasi pemain-pemain hebat bola sepak dunia.
Sumber: Squawka