Temasya sukan Olimpik tidak syak lagi adalah temasya sukan terbesar di dunia. Dalam sukan olimpik, teradapat beberapa acara teras yang wajib dipertandingkan.
Namun begitu tuan rumah boleh menyenaraikan beberapa sukan yang mereka mahu pertandingkan. Jadi, dalam sejarah olimpik, terlalu banyak sukan pelik yang pernah dianjurkan.
Namun kami hanya akan senaraikan 10 daripadanya.
1. Acara Menembak Burung Merpati
Acara ini agak kontroversi apabila dianjurkan pada sukan Olimpik 1900, Paris. Dilaporkan hampir 300 ekor burung merpati yang tekorban sepanjang acara ini berlangsung.
Leon de Lunden menjuarai acara ini dengan 21 ekor burung ditembak jatuh oleh beliau.

Selepas itu, sukan ini diharamkan dan digantikan dengan acara menembak tanah liat (clay).
Jadi tiada peluang Leon de Lunden untuk mengulangi pencapaian beliau.
2. Tarik Tali
Sukan ini pastinya sukan paling popular dalam sukaneka sekolah ataupun sukan sekitar taman perumahan serta saat kau mahu membuat keputusan
Selepas tamat perang dunia pertama, Sukan Olimpik kembali dengan penganjurannya di Antwerp 1920.

Pihak penganjur telah memilih sukan ini sebagai salah satu sukan untuk dipertandingkan.
USA telah menang emas dalam acara ini. Selain daripada Olimpik, sukan tarik tali juga banyak dianjurkan di negara-negara Eropah.
3. Lompat Jauh Berkuda
Tidak pasti siapa punya cadangan untuk acara ini dianjurkan di Olimpik. Sukan ini memang nampak pelik kerana menggunakan kuda sebagai atlet lompat jauh.
Sukan Olimpik Paris 1900 menjadi penganjur tunggal acara ini dan dimenangi oleh peserta dari Belgium, Constant van Langendock dengan lompatan 6.1 meter dengan kuda yang bernama Extra Dry.

Namun rekod ini dipecahkan oleh Mike Powell dari USA pada 1991 dalam cubaan beliau memecahkan rekod ini.
Powell mencatatkan 8.95 meter.
4. Lompat Tinggi Berkuda
Paris 1900 sekali lagi menjadi tumpuan dengan penganjuran satu lagi acara pelik dengan kuda. Lompat tinggi berkuda ini dipertandingkan di temasya Olimpik Paris 1900.
Ada dua pemenang emas acara ini ketika itu selepas kedua-dua peserta mencatatkan lompatan yang sama.

Pemenang bersamam ini adalah Dominique Gaderes dengan kudanya Canela dan atlet Itali, Gian Trissino dengan kudanya Oreste.
Mereka berdua mencatatkan ketinggian 1.85 meter.
5. Terjun Dan Menyelam Paling Dalam
Sukan ini selalu dimainkan oleh kanak-kanak di kampung. Di mana mereka akan terjun dan menyelam sedalam-dalamnya untuk mencipta catatan peribadi.
Dalam sukan olimpik, ia adalah salah satu sukan yang menawarkan pingat emas pada Sukan Olimpik 1904.
Ia mirip kepada acara terjun hari ini namun kiraan mata adalah berdasarkan kedalaman.
William Dickey dari USA menang emas acara ini ketika itu dan rekod ini sudah pun 113 tahun tiada pemenang baru kerana ia tidak pernah dipertandingkan lagi di olimpik.
6. Rope Climbing
Sukan ini dipertandingkan dalam 5 acara Olimpik. Di bawah ini adalah gambar Nikolaos Andriakopoulos ketika menang emas acara ini pada 1896.
Ia telah menjadi salah satu sukan teras dalam olimpik dan dianjurkan dari 1896 sehingga 1932.
7. Basikal Tandem
Basikal tandem ini biasanya anda boleh langgan perkhidmatannya di taman-taman awam. Anda boleh mengayuhnya dengan pasangan anda untuk bersantai-santai.
Namun dalam sukan Olimpik, acara ini pernah dianjurkan dan mencai siapakah juara olimpik acara ini.
Acara ini telah menjadi antara acara pilihan penganjur daripada sukan Olimpik 1908-1972.
Agak menarik apabila dalam sukan Olimpik 1936, atlet paralimpik Jerman Ernst Ihbe and Charly Lorenz telah memenangi emas.
Sukan ini ada dianjurkan dalam sukan paralimpik pada hari ini.
8. Lompat Tinggi Berdiri
Sukan lompat tinggi memiliki variasi dalam olimpik apabila ada satu acara di mana atlet hanya boleh melompat dari kedudukan berdiri.
Seorang pegawai disiplin akan menentukan sama ada lompatan itu lulus ataupun sebaliknya.

Ray Ewry dari USA menjadi legenda acara ini dengan 3 emas olimpik sepanjang karier beliau.
Ada 3 acara olimpik menganjurkan sukan ini dari 1900-1912.
9. Menyelam Dan Berenang
Jika di atas ada acara terjun dan meyelam paling dalam. Ini pula acara menyelam dan berenang di dalam air untuk jarak yang paling jauh.
Setiap meter yang mereka cecah adalam 1 mata. Ada penyelam yang berenang dalam air pada 60 meter di dalam air.
Sukan ini dianjurkan di Sukan Olimpik Paris 1900 dan peserta tuan rumah, Charles De Vendeville menjadi pemenang emas dengan catatan 188.4 mata.
10. Motorbot
Sukan ini pernah dipertandingkan dalam temasya olimpik tahun 1908.
Ada 3 pingat emas ditawarkan ketika itu dengan kategori A, B dan C.
Setiap kategori pada jarak yang berbeza.
