10 Raket Badminton Terbaik Di Pasaran Ketika Ini

Leo Maestro 2 tahun yang lalu

Sticksmash telah menyenaraikan ranking 10 raket terbaik untuk 2017 berdasarkan beberapa kriteria. Anda penggemar sukan badminton? Anda pasti ada raket idaman anda tersendiri.

Berikut adalah senarai 10 raket terbaik pilihan mereka.

10. Yonex Voltric 80 E-Tune

Raket ini antara model terbaru dari Yonex. Raket ini menggunakan teknologi ‘grommet’ yang mudah ditanggalkan. Jadi, pemakai boleh menukar grommet atau membuangnya mengikut keselesaan mereka. Grommet itu akan mempengaruhi berat raket tersebut.

Raket ini tidak sesuai untuk pemain yang memiliki pergelangan tangan yang tidak kuat. Namun, oleh kerana sifatnya yang boleh dilaraskan beratnya, membuatkan pemakai selesa untuk menentukan berat yang mereka suka.

Foto – BWF

Secara umumnya, raket ini sesuai untuk pemain perseorangan kerana ia sesuai untuk aktiviti menyerang dan bertahan. Antara pemain yang menggunakan raket ini ialah Ratchanok Intanon, dan Jan O Jorgensen (Denmark).

9. Li Ning N7ii

Ini antara raket terbaru keluaran Li Ning. Ramai yang berpendapat raket ini adalah raket Li Ning yang paling taha lasak.

Secara umumnya, semakin ramai yang merasakan jenama raket Li Ning memang yang paling tahan lasak dan mengatasi ketahanan Yonex.

Jadi, bagi pemain beregu yang agresif dan seringakli bertembung raket dengan rakan anda ataupun anda pemakai raket yang kasar, maka Li Ning N7ii ini sesuai untuk anda.

Raket ini sangat sesuai untuk pemain di hadapan jaring. Walaupun sifatnya lebih kepada raket untuk pemain bertahan, ia tetap selesa untuk melakukan ‘smash’.

Antara pemain yang memakai rakey ini ialah Zhang Nan dari China.

8. Yonex Voltric LD Force

Ini adalah raket pilihan Lin Dan dan membantu beliau memenangi emas di Olimpik 2012. Raket ini memiliki ‘shaft’ yang lebih kecil berbanding dengan rantaian siri Arcsaber dan Duora dari Yonex.

Foto – Rakuten

Lin Dan juga pernah memakai beberapa siri Li Ning, namun untuk siri Yonex, Voltric LD Force ini pilihan beliau.

Nama LD itu sendiri kami percaya simbolik kepada Lin Dan. Raket ini sangat digemari oleh pemain-pemain perseorangan.

7. Li Ning N9ii

Raja smash Fu Haifeng pernah melakukan smash selaju 332 km/j satu satu ketika dahulu. Beliau kemudian beralih kepada siri Li Ning.

Raja smash ini memilih raket Li Ning N9ii ini kerana beliau mengakui dirinya ketagih dengan smash yang kuat.

Jika anda pemain yang agresif dan gemarkan intensiti tinggi terutama sekali ketika bermain beregu, raket ini patut anda cuba.

6. Yonex Arcsaber 11

Raket ini antara raket yang menjadi pilihan ramai peminat badminton kerana ia sesuai untuk lelaki dan perempuan. Raket ini dihasilkan dengan konsultansi dari raja ‘backhand’ Taufik Hidayat.

Foto – Nana.co

Jadi, anda sudah boleh meletakkan harapan anda untuk raket ini. Raket ini sangat ringan dan mengurangkan kesilapan anda ketika memukul bulu tangkis.

Selain daripada Taufik Hidayat, pemenang pingat gangsa Rio 2016, Viktor Axelsen adalah penggemar raket ini.

5. Victor Jetspeed S10

Walaupun jenama Victor tidak segah Yonex dan Li Ning pada hari ini, namun mereka antara pakar pengeluar raket untuk beregu.

Antara bukti raket ini sangat bagus untuk pemain beregu apabila ia menjadi senjata Goh V Shem dan Tan Wee Kiong mengejutkan lawan mereka sehingga ke final Olimpik Rio 2016.

Foto – Astro Awani

Raket ini adalah jenis yang seimbang untuk menyerang dan bertahan. Ia sangat sesuai untuk anda yang baru berjinak-jinak dalam dunia badminto secara serius.

4. Yonex Nanoray Z – Speed

Tahukah anda yang Tan Bon Heong pernah memegang rekod dunia dengan smash selaju 493 kmj dengan raket ini? Raket ini sangat popular ketika ia mula dilancarkan oleh Yonex.

Ramai menggemari raket ini kerana rekaan dan warnanya yang menarik dan moden. Namun begitu, raket ini tidak begitu sesuai untuk pemain jenis bertahan kerana bingkainya yang kecil.

Selain Tan Boon Heong, pemain lain yang menngemari raket ini ialah Carolina Marin dan Kenichi Tago.

3. Yonex Voltric Z Force 2

Lee Chong Wei antara penggemar raket ini walaupun beliau kerap bertukar siri raket. Lee Chong Wei menganggap raket ini sebagai laju dan berkuasa tinggi.

Foto – Racquet X

Namun begitu rekannya agak klasik dan kurang fleksibel berbanding dengan raket moden yang lain. Anda perlu mengambil sedikit masa untuk menyerasikan diri dengan raket ini.

Dan bila anda sudah serasi dengannya, anda mungkin tidak akan beralih ke jenama ataupun siri Yonex yang lain. Rekaannya nipis seperti Yonex LD Force.

Antara pemain yang pernah menggunakan raket ini ialah Lee Chong Wei, Kento Momota, Lin Dan, dan Chong Wei Feng. Ada satu edisi terhad (limited editiom) Yonex Voltric Z Force 2 edisi Lin Dan yang logonya seperti ini:

Foto – Yumo

2. Victor Bravesword 12

Victor sendiri melabel raket ini sebagai raket beregu. Jadi, untuk pemain perseorangan, bolehlah anda elakkan raket ini.

Rekaannya adalah untuk memberikan keselesaan kepada pemain melakukan smash, bertahan dan ‘driving’. Bagi yang mementingkan kemasan, raket ini memang kurang menarik untuk ‘memenangi’ duit anda.

Pengguna tegar raket ini ialah Lee Yong Dae.

Foto – Racquet Force

1. Yonex Duora 10

Foto – TG Sports

Dianggap sebagai raket terbaik buat masa ini. Ianya lengkap dengan teknologi terkini serta rekaan yang sesuai untuk lekaki dan wanita.

Raket ini selesa untuk pemain melakukan backhand dengan cepat. Namun raket ini bukan untuk kaki smash yang ekstrim. Oleh itu ianya lebih sesuai untuk pemain perseorangan.

Raket ini adalah teman baik Datuk Lee Chong Wei dan beberapa pemain lain seperti Kamilla Rhytter Juhl, Kim Astrup, Anders Rasmussen dan Ng Ka Long Angus.

Rumusan

Itulah 10 raket terbaik di pasaran buat ketika ini. Anda mungkin memiliki salah satu daripadanya? Atau anda ada raket lain untuk dikongsikan dengan kami?


SHARE ()