10 Penumbuk Tebaik Dalam Sukan Tinju

Sukan tinju adalah sukan yang pastinya bergantung kepada kekuatan tumbukan. Penumbuk yang kuat akan memberikan impak yang kuat untuk menyingkirkan lawan mereka dengan KO.

Berikut adalah 10 petinju yang memiliki tumbukan terkuat (heavy hitter).

10. Ron Lyle

Beliau antara petinju yang berbakat pada era 1970-an walaupun tidak pernah memiliki sebarang gelaran dunia di dalam karier beliau.

Beliau hidup di dalam era Muhammad Ali. Dalam pertarungan dengan Ali pada 1975, Ron Lyle mendahului Ali dalam 3 pusingan awal dan berpotensi untuk menang dalam kiraan mata. Namun Ali berjaya melakukan TKO ke atas Ron Lyle. Keputusan itu agak kontroversi.

Lyle bertemu dengan seorang lagi jaguh era 70-an, George Freeman pada 1976. Ia dianggap antara pertarungan paling ganas dalam tinju. Beliau

Lyle sekali lagi memberikan masalah kepada petinju pilihan dengan tumbukan padu beliau. Namun kekurangan taktikal dan kaki yang kurang laju (footwork) menjadi kelemahan Lyle.

Lyle hampir KO pada pusingan ke-2 namun berjaya bangkit. Setelah memberikan Freeman masalah sepanjang pertarungan, Lyle akhirnya tewas KO pada pusingan ke-10.

9. Gerry Cooney

Seorang lagi petinju era 70-an yang memiliki penumbuk yang berbisa. Antara pertarungan terbaik beliau adalah ketika menentang Larry Holmes pada Jun 1982.

Holmes menghadiahkan Cooney kekalahan sulung dengan TKO pada pusingan ke-13. Namun Cooney diakui memiliki tumbukan yang sangat kuat oleh beberapa petinju lain seperti Ken Norton dan Ron Lyle.

8. Joe Louis

Siapa tidak kenal akan nama ini. Namanya sebaris dengan legenda tinju yang lain termasuk Muhammad Ali. Ramai sejarawan sukan mengikitiraf beliau sebagai salah seorang petinju terbaik sepanjang zaman.

Penumbuk tangan kanan Louis menjadi igauan ramai petinju lain. Louis antara petinju pertama yang bertinju dengan lebih banyak menggunakan ‘otak’ ataupun taktik di dalam gelanggang.

Ramai petinju moden hari ini masih menjadikan beliau sebagai rujukan untuk teknik bertarung yang bijak dan pada masa yang sama memiliki tumbukan yang padu.

7. Mike Tyson

Si Mike Besi (Iron Mike) merajai dunia tinju lewat 80-an dan awal 90-an. Beliau antara petinju yang paling banyak didokumentari dan ditulis oleh media. Sikap panas baran dan lebih dikenali dengan watak antagonis.

Ramai yang menganggap Mike Tyson sebagai jelmaan Jack Dempsey yang berbadan lebih besar dan lebih ‘jahat’. Mike Tyson petinju yang agresif dan bijak bermain dengan jarak.

Beliau agak rendah berbanding dengan ramai petinju heavyweight yang lain. Kekuatan utama Mike Tyson adalah kedua-dua belah tangannya yang mampu melakukan tumbukan pemusnah.

Jadi, counter punch Mike Tyson sukar diduga. Akhirnya, Evander Holyfied menemui cara untuk menewaskan beliau iaitu dengan sentiasa merapati beliau.

Jangan berikan jarak yang beliau kehendaki. Ini kerana, hooks dan uupercuts tyson daripada jarak sederhana (middle range) sangat berbahaya.

Teknik yang sama digunakan oleh Lennox Lewis selepas itu.

6. Wladimir Klitschko

Klitscko adalah petinju yang dianggap serbab lengkap kerana kekentalan bertahan dan menyerang. Beliau memiliki tumbukan yang sangat kuat dan digelar Mr Steelhammer.

Beliau amat sukar untuk diserang kerana sangat berdisplin ketika bertahan. Beliau menumbangkan 53 lawan beliau dengan KO. Itu sudah cukup untuk memberitahu betapa kuatnya tumbukan beliau.

Namun beliau kerap tewas dengan lawan yang dianggap bukan pilihan.

5. David Tua

Ramai yang tidak begitu kenal akan nama ini. Namun bagi peminat tinju sejati, David Tua adalah antara petinju yang berhak untuk menang sekurang-kurangnya 1 gelaran dunia.

Petinju berdarah kacukan Samoa ini memiliki teknik chins yang sangat bahaya. David Tua dikatakan tidak memiliki jurulatih yang terbaik untuk menjadikan beliau sebagai petinju yang lebih hebat.

Beliau bergantung kepada bakat yang ada namun masih mampu berada di antara mungkin 50 petinju terbaik sepanjang zaman.

4. Muhammad Ali

Siapa tidak kenal dengan legenda ini? Nama yang mekar dalam arena tinju. Pernah memenangi emas olimpik dan beberapa siri kejuaraan heavyweight.

Di dalam karier beliau, Ali telah menumbangkan ramai petinju hebat termasuk Henry Cooper, Joe Frazier, George Foreman dan Sonny Liston. Ini adalah gambar ketika beliau menumpaskan Liston

Ali lengkap dengan pakej tumbukan akhir yang padu dan juga footwork yang sangat lincah. Menjadikan beliau salah satu rujukan utama ramai petinju selepas itu.

Ali suka bertarung dengan cara mengumpan lawan dengan gaya terbuka. Counterpunch Ali sangat luar biasa.

3. Lennox Lewis

Big match fighter ataupun big game player! Itulah gelaran kepada Lennox Lewis. Beliau memiliki perjalanan karier yang luar biasa dalam perlawanan besar untuk menjadi salah seorang petinju terbaik sepanjang zaman.

Namun seperti Wladimir Klitschko, reputasi beliau calar kerana tewas di tangan petinju biasa (mediocre), Hasim Rahman dan Oliver McCall. Namun Lewis berjaya menang ke atas 2 petinju tersebut dalam pertarungan ulangan.

Dengan ketinggian 6 kaki 5 inci, Lewis memiliki jarak tumbukan yang jauh.

2. George Foreman

Jika ditanya kepada Muhamad Ali, siapakah peninju yang paling sukar untuk dikalahkan? Pastinya George Foreman berada di dalam antara senarai beliau.

Beliau menang dalam pertarungan pertama dengan Muhamad Ali dan hampir menang pertarungan kedua. Namun Ali berada dalam kondisi terbaik untuk menewaskan beliau.

Beliau juga pernah menewaskan Joe Frazier di dalam karier beliau. Kelebihan Foreman adalah tenaga yang ada pada tangannya yang seperti ada ektsra.

1. Earnie Shavers

Earnie Shavers adalah peninju pada era awal 80-an. Beliau juga merupakan atlet gustin. Memiliki rekod 78 kemenangan dan 33 daripadanya KO pada 2 pusingan awal.

Ini kerana, tumbukan beliau terlalu kuat untuk ditahan oleh lawan beliau. Pencabar beliau perlu bijak mengelakkan penumbuk Shavers pada pusingan awal kerana ketika itu, beliau memiliki segala tenaga untuk membuatkan mereka jatuh tersungkur.

Sama seperti David Tua, beliau terlalu bergantung kepada kekuatan tumbuhan dan tidak ada skil yang lebih lincah di dalam ring membuatkan beliau sukar untuk menjadi juara dunia.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.