10 Pemain Dengan Assist Tertinggi Di Liga Utama Eropah Setakat Ini

Ini mungkin statistik yang mengejutkan ramai pihak. Sejak musim baru bola sepak di eropah bermula, tidak ada pemain lain yang telah menghasilkan assist sebanyak penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane.

Ini sedikit sebanyak menjelaskan bagaimana peranan atau nilai tambah yang ada pada Harry Kane sejak Tottenham dibimbing oleh Jose Mourinho.

Sekiranya dahulu, Kane dilihat sebagai seorang No.9 yang hanya tahu menjaringkan gol, peranan dan kebolehan terbarunya ini menjadikan Kane sebagai seorang pemain yang lebih serba lengkap untuk digelar seorang complete forward.

Berikut adalah 10 pemain dengan assist terbanyak dari kalangan liga utama di eropah.

 

10. Gaetan Laborde – Montpellier

Assists: 4
Penampilan: 7
Minit untuk setiap assist: 152

Laborde menjaringkan gol dan pada sama menghasilkan assist sebanyak tiga kali dalam saingan Ligue 1 pada musim lalu. Hanya Klylian Mbappe dan Neymar telah melakukan perkara sama lebih kerap iaitu sebanyak 4 kali.

9) Jonathan Bamba – Lille

Assists: 4
Penampilan: 7
Minit untuk setiap assist: 158

“Musim lalu tidak berapa bagus jika dibandingkan dengan apa yang saya harapkan,” kata Bamba mengenai prestasinya. Pemain berusia 24 tahun itu hanya mencipta 5 gol, dan menjaringkan hanya satu tetapi musim ini telah menjaringkan tiga gol dan menghasilkan 4 assists.

8) Florian Thauvin – Marseille

Assists: 4
Penampilan: 7
Minit untuk setiap assist: 141

Pemain sayap yang juga merupakan pemain antarabangsa Perancis ini juga telah menjaringkan 3 gol dan menghasilkan 4 assist selepas 7 perlawanan Ligue 1 pada musim ini.

7) John McGinn – Aston Villa

Assists: 4
Penampilan: 4
Minit untuk setiap assist: 90

Prestasi John McGinn sedikit sebanyak menjelaskan prestasi cemerlang Aston Villa setakat ini. Pada ketika artikel ini ditulis, Villa hanya tewas sekali sahaja iaitu kepada Leeds United pada pagi tadi. Tatkala Jack Grealish dan Ross Barkley lebih banyak mencipta nama, peman tengah Scotland ini pula menghasilkan assist tertinggi untuk pasukannya setakat ini.

6) Thomas Muller – Bayern Munich

Assists: 4
Penampilan: 4
Minit untuk setiap assist: 88

Ia bukan mengejutkan nama Thomas Muller berada di dalam senarai ini. Musim lalu beliau mencipta rekod dengan assist terbanyak pernah dilakukan dalam satu musim di Bundesliga. 12 assist pada musim lalu memadam rekod Kevin de Bruyne pada 2014/15. Dari 4 perlawanan musim ini, Muller telah menghasilkan 4 assist.

5) Kylian Mbappe – Paris Saint-Germain

Assists: 4
Penampilan: 4
Minit untuk setiap assist: 86

Pemain bintang Perancis ini menyerlah sejak awal musim. Ia mungkin untuk mempromosikan dirinya yang menjadi rebutan banyak kelab besar. Namun perlawanan pada pertengahan minggu lalu menyaksikan Axel Tuanzebe dan Aaron Wan-Bissaka langsung tidak memberi peluang kepada beliau.

4) Giovanni Reyna – Borussia Dortmund

Assists: 4
Penampilan: 5
Minit untuk setiap assist: 85

Baru sahaja berusia 17 tahun, Reyna sudah pun meledak tiga gol dan menghasilkan 4 assist pada musim ini. Reyna dilihat sebagai seorang lagi pemain muda berbakat besar di Dortmund.

3) Dani Olmo – RB Leipzig

Assists: 4
Penampilan: 4
Minit untuk setiap assist: 80

Selepas Timo Werner meninggalkan Leipzig untuk ke Chelsea, perubahan dari segi taktikal jelas perlu dilakukan. Emil Forsberg diarahkan bermain lebih ke hadapan dan Olmo diberikan peranan bebas di belakang Forsberg. Ia nyata berkesan buat masa sekarang.

2) Darwin Nunez – Benfica

Assists: 5
Penampilan: 4
Minit untuk setiap assist: 83

Pemain antarabangsa Uruguay ini mulai membayar kepercayaan Benfica dengan aksi meyakinkan. Nunez menyertai Benfica dari Almeria dengan jumlah perpindahan menjangkau £20 juta pada musim panas lalu.

1) Harry Kane – Tottenham

Assists: 7
Penampilan: 5
Minit untuk setiap assist: 63

Penyerang Spurs ini menghasilkan semua 4 assist untuk Son Heung-Min dan menjaringkan satu gol dalam perlawanan tersebut. Dan selepas itu Kane terus menghasilkan satu assist untuk 3 perlawanan seterusnya.

Penutup

Ianya perkara biasa untuk melihat nama pemain sayap atau pemain tengah berada di dalam senarai ini.

Namun adanya pemain seperti Mbappe dan Kane bermakna bola sepak kini sudah berubah. Seorang penyerang juga harus berevolusi dan bijak untuk membantu pasukan dengan melakukan assist.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.