Lionel Messi adalah pemenang enam Anugerah Ballon d’Or dan merupakan pemain yang memenangi anugerah individu berprestij itu paling kerap dalam sejarah.
Namun majlis gilang gemilang yang kebiasaannya diadakan pada Disember akan datang telah dibatalkan oleh penganjur, France Football kerana situasi semasa penularan.
Walaupun jika tiada langsung anugerah (secara online), ini tidak bermakna Messi tidak berpeluang memenangi anugerah lain.
Antara anugerah yang kini sedang berjalan ialah ‘Panna d’Or’ – iaitu anugerah untuk pemain di liga Eropah yang paling banyak melakukan nutmeg.
Apa itu nutmeg?
Mungkin ada yang tidak tahu apakah makna nutmeg. Nutmeg adalah satu skil yang melorongkan bola di celah kalangkang. Berikut adalah cara bagaimana cara ia disebut di beberapa buah negara.
Ia adalah bahasa yang paling kerap kita dengar dan sudah terlalu universal digunakan oleh pengulas-pengulas berbahasa Inggeris, walaupun terdapat juga panggilan berbeza di negara-negara lain.
‘Being nutemegged’ ataupun translasi langsung ‘di-nutmeg’ antara yang kerapkali disebut setiap kali ada pemain di padang terkena nutmeg.
Lionel Messi, the nutmeg king 🥜👑pic.twitter.com/naPjWdd75D
— Goal (@goal) October 31, 2019
Mungkin juga ia kerana sejenis buah disebut nutmeg ni yang kerap merekah seperti di bawah
Namun Sean Ingle dari The Guardian menyatakan, perkataan Nutmeg ini sudah lama menjadi simbol kepada orang yang terkena akibat prank dan gurauan.
Ia bahasa yang sudah digunakan sejak 1870-an lagi. Peter Sheldon dalam buku beliau Football Talk – The Language And Folklore Of The World’s Greatest Game, menerangkan:
Istilah nutmeg muncul dalam tahun 1870-an yang pada zaman orang Inggeris menggunakan slanga Victoria. Ia merujuk kepada maksud seseorng yang ditipu atau tertipu dengan cara yang boleh menyebabkan mangsa kelihatan bodoh.
Panna d’Or (Golden Nutmeg)
Anugerah tersebut diwujudkan hasil kerjasama SFL Interactive dan Maximum Games. Syarikat video game itu telah mewujudkan trofi ‘Panna d’Or/Golden Nutmeg sempena acara Street Power Football yang diadakan pada hujung bulan.
Messi mungkin adalah pemain yang memiliki bakat menggelecek menakjubkan. Namun ia tidak bererti beliau akan mendapat laluan mudah untuk anugerah ini.
Berdasarkan kedudukan terkini, Messi berada di kedudukan ke-6 dengan jumlah 10 nutmeg. Jumlah itu hanya kurang 2 nutmeg berbanding yang dilakukan oleh pemain Atalanta, Alejandro Gomez dan Jesus Corona dengan 12 nutmeg.
Berikut adalah senarai penuh 10 pemain di eropah dengan nutmeg terbanyak seperti yang terkandung di KickOff.com.
Street Power Football Celebrates The Nutmeg With A Panna d’Or https://t.co/p0bDI1FA2T pic.twitter.com/eLG63xxNgC
— GameSpace (@GameSpacecom) August 12, 2020
=9. Angelo Fulgini (Angers & France) – eight nutmegs
=9. Angel Di Maria (Paris Saint-Germain & Argentina) – eight nutmegs
8. Juraj Kucka (Parma & Slovakia) – nine nutmegs
=6. Lionel Messi (Barcelona & Argentina) – 10 nutmegs
=6. Diogo Jota (Wolverhampton Wanderers & Portugal) 10 nutmegs
=3. Otar Kiteishvili (Sturm Graz & Georgia) – 11 nutmegs
=3. Marcus Rashford (Manchester United & England) – 11 nutmegs
=3. Jadon Sancho (Borussia Dortmund & England) – 11 nutmegs
=1. Jesus Corona (Porto & Mexico) – 12 nutmegs
=1. Alejandro “Papu” Gomez (Atalanta & Argentina) – 12 nutmegs
Skil istimewa
Data ini telah dikumpul oleh StatsBomb, dan pemenang akan diumumkan selepas perlawanan akhir Champions League.
“Melakukan Panna/nutmeg merupakan salah satu gerakan tercantik badan kita boleh lakukan dengan sebiji bola,” ujar juara dunia freestyler, Sean Garnier dalam satu kenyataan sempena anugerah.
Who needs the Ballon d'Or? Lionel Messi & Marcus Rashford are among the frontrunners for the first Panna d'Or, or Golden Nutmeg, a new award celebrating the fine art of nutmegs, created by @StreetPowerGame with @StatsBomb! pic.twitter.com/HDBFkPVB7w
— Bastion (@BastionPR) August 12, 2020
Berdasarkan kedudukan terkini, cabaran Alejandro Gomez sudah pun tamat setelah Atalanta tersingkir di suku akhir Chamions League kepada PSG pada awal pagi tadi.
Messi pula akan beraksi bersama Barcelona menentang Bayern Munich di separuh akhir Champions League. Bayern pernah menjadi mangsa skil nutmeg Messi.
Marcos Rashford turut berpeluang menjadi Raja Nutmeg Eropah selagi Manchester United meneruskan kemaraan di Europa League pada musim ini.