10 Kelab Risau Pengambilalihan Newcastle United Akan Rosakkan Reputasi EPL

Media di UK melaporkan terdapat kerisauan yang semakin ketara di kalangan kelab Premier League mengenai pengambilalihan Newcastle United oleh konsortium Arab Saudi dengan nilai £300 juta.

The Magpies kini berada di proses akhir untuk dipindah hak milik daripada Mike Ashley, kepada sebuah konsortium yang disokong oleh Arab Saudi.

Jika ianya diluluskan, maka Newcastle United akan memiliki pemilik terkaya di kalangan kelab-kelan Liga Inggeris yang lain. Konsortium tersebut diketuai sendiri oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman.

Sejak beberapa bulan lalu, terdapat beberapa siri bantahan terhadap usaha pengambilalihan tersebut disebabkan beberapa isu kemanusiaan, dan juga cetak rompak.

Terkini, The Sun melalui talkSport melaporkan tidak kurang dari 10 kelab mendesak agar Premier League menyekat pengambilalihan itu.

Ia berikutan kerisauan cetak rompak yang didalangi oleh Arab Saudi. Sejak bertahun-tahun lamanya, peguam Premier League sendiri menyiasat rangkaian penyiaran BeoutQ yang didalangi oleh Arab Saudi.

BeaoutQ bukan siaran cetak rompak yang mendominasi penyiaran acara sukan dunia termasuk bola sepak di Timur Tengah.

Kelab-kelab Premier League tisau menghalalkan pengambilalihan Newcastle United hanya akan merosakkan reputasi Premier League sekaligus akan menurubkan nilai komersil pertandingan itu pada masa hadapan.

Walaupun penganmbilalihan tersebut belum selesai, Newcastle sudah pun dikaitkan dengan pengurus dari Aregentina, Mauricio Pochettino.

Dua pemain bintang iaitu Philippe Coutinho dan Gareth Bale, masing-masing dari Barcelona dan Real Madrid turut dikatakan berada di bawah pengurusan bakal pemilik baharu Arab Saudi tersebut.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.