Bagi seorang pemain video ataupun video gamers, anda pastinya mengikuti beberapa nama-nama besar ‘gamers’ ini di alam maya.
Forbes menyenaraikan 10 ‘gamers’ yang paling berpengaruh di dunia berdasarkan jumlah pengikut dan pelanggan saluran mereka di alam maya.
Mereka menjana jutaan dollar setahun hanya dengan bermain permainan video dengan menarik jutaan sehingga billion tontonan. Ini yang menarik kerjasama dengan syarikat-syarikat besar.
1. DanTDM
Nama sebenar beliau ialah Daniel Middleton. Selain daripada DanTDM, beliau juga dikenali dengan nama The Diamond Minecraft.
Kepakaran utama Dan adalah permainan Minecraft. Beliau mencipta rekod dunia Guinness pada 2016 dengan rekod tontonan keseluruhan 7.9 billion kali hanya dengan bermain Minecraft dan menunjukkannya kepada niche games.
Beliau setakat ini memilkiki 16,486,969 pelanggan saluran Youtube.
2. Jacksepticeye
Gamers dan Vlogger ini berasal dari Ireland. Nama sebenar beliau Seán McLoughlin. Kali pertama menerbitkan video di Youtube pada 2012. Namun beliau aktif menerbitkan video setiap hari pada 2013.
“Saya hanya mahu buatkan orang ketawa dan senyum dan senyum lagi. Saya nak mereka terasa diri mereka berada di satu tempat yang lain.”
Jacksepticeye terkenal dengan bakat humor yang ada padanya. Beliau bertenaga dan gaya percakapan yang menarik. Beliau kemudian berjaya menjalinkan kerjasama dengan Revelmode satu sub-jaringan untuk Studio Disney.
Pada 2017, Forbes melaporkan video beliau telah ditonton sebanyak 7.2 billion kali. Kini beliau memiliki 16,844,544 pelanggan saluran youtube.
3. PewDiePie
Pada 2016, beliau menjadi bintang Youtube dengan pendapatan tertinggi. PewDiePie adalah gamer yang berasal dari Sweden. Nama sebenar beliau Felix Kjellberg.
Namun populariti beliau jatuh selepas beberapa video yang beliau terbitkan berunsurkan anti-semitic dengan imej Nazi.
Beliau juga berjaya mendapatkan kontrak dengan Disney Maker Studio..
Walaupun ditendang daripada platform YouTube Red dan beberapa program Google yang dipilih, PewDiePie terus membuat masih lagi kukuh dengan jenama beliau yang menjana berjuta-juta dollar menerusi iklan di Youtube.
Beliau juga aktif menerbitkan video santai dan vlog. Setakat ini beliau memiliki pelanggan saluran Youtube sebanyak 57,490,158.
4. SkyDoesMinecraft
Pada usia 24 tahun, Adam Dahlberg ataupun SkyDoesMinecraft dianggap veteran dalam dunia Youtube. Beliau pernah menyumbangkan suara untuk watak dalam permainan video pada 2006.
Selepas itu, Adam fokus kepada saluran Youtube beliau sendiri. Adam mengambil pendekatan yang lebih mesra kanak-kanak.
Dalam masa beberapa tahun, Adam berjaya mendapat pelanggan youtube sebanyak 11 juta. Lebih menarik Adam telah menjadi kuasa baru digital dengan berjaya menjalinkan kerjasama dengan Amazon, Netflix dan Nintendo.
Beliau juga mendapat jutaan dollar daripada penjualan cendera mata, poster termasuk bantal.
5. SSSniperWolf
Bintang digital seksi ini dikenali juga dengan nama Lia Wolf. Pakar permainan Call Of Duty. Beliau suka mengenakan kostum dan cosplay.
Ini ketika SSSniperwolf bergandingan dengan Thierry Henry dalam permainan video Day Of Doom.
Memiliki lebih 6 juta pelanggan saluran youtube menjadikan beliau sebagai figura digital wanita paling berpengaruh di dunia buat masa ini.
Beliau berjaya menjalinkan kerjasama dengan syarikat pengeluar permainan video terkemuka seperti EA, Ubisoft dan juga Disney.
Lia bermula dengan dunia permainan video dan digital yang dikuasai oleh kaum adam selepas seringkali mendengar stereotaip: ‘ Perempuan mana pandai main game’
“Saya memang seorang gadis yang membesar dan sering dipanggil perempuan pelik. Saya mahu buktikan kepada dunia nyang perempuan pun boleh bermain video game dengan baik juga.”
Personalitinya yang menarik membuatkan beliau berjaya mendapatkan pendapatan tambahan menerusi reviu produk. Tidak lupa juga beberapa video santai yang dimuatnaik!
Kereta pun lawa!
6. TheSyndicateProject
Nama sebenar beliau ialah Tom Cassell. Menjadi gamers pertama yang mendapat pengikut 1 juta dalam platform twitch pada 2014.
Beliau memiliki lebih 10 juta pelanggan saluran youtube. Beliau adalah pemain Call Of Duty dan beberapa permainan video yang lain. Menjadi sebahagian daripada agensi 3BlackDot yang juga disertai Sonja Reid dan Evan Fong.
7. VanossGaming
Evan Fong ataupun VanossGaming berhenti belajar daripada University of Pennsylvania kerana mahu fokus sepenuh masa kepada karier di atas talian.
Ramai yang suka mengikuti beliau kerana kelakar ketika bermain permainan seperti Call of Duty dam Grand Theft Auto.
Beliau seorang yang sangat interaktif sama ada dengan pelanggan saluran youtube beliau yang kini sudah mencecah 10,030,246 orang ataupun dengan ‘gamers’ yang lain.
8. Markiplier
Jangan kata anda tidak kenal dengan nama ini! Beliau juga berhenti daripada kolej kejuruteraan untuk mengejar impian beliau di dalam bidang Youtube Gaming dengan ulasan yang menarik.
Beliau sukakan permainan yang bergenre ‘horror’. Dalam masa 5 tahun sahaja beliau sudah mendapat 7 billion tontonan di Youtube.
Beliau berjaya mendapatkan kontrak mewah dengan syarikat besar William Morris Endeavor pada 2016. Hari ini beliau memiliki 8,591,273 pelanggan saluran youtube.
9. Sonja Reid
Seorang lagi selebriti digital yang lahir daripada platform Twitch. Kini beliau menjadi salah seorang wanita paling berjaya di alam maya dengan saluran OMGitsfirefoxx. Setakat ini sudah memiliki 792,236 pelanggan saluran youtube.
Sonja berjaya menjalinkan kerjasama dengan Audi, Syfy, and Intel. Beliau memiliki bakat lakonan yang agak baik.
10. Mari Takahashi
Beliau menggunakan nama online, AtomicMari. Menjadi satu-satunya ahli wanita dalam saluran popular di youtube bernama Smosh Games.
Beliau adalah bekas penari balet profesional. Mengacarakan program mingguan berjudul Smosh Pit pada 2010. Pernah menjadi peserta dalam siri realiti popular Survivo musim ke-33.