10 Filem Bergenre Sukan Paling Laris Sepanjang Zaman

Filem berdasarkan sukan ataupun ahli sukan antara genre yang mampu menjana keuntungan tinggi. Kami senaraikan 10 filem dengan genre ini yang mengutip kutipan tertinggi dalam sejarah:

1. The Blind Side: $256 Juta

Berdasarkan kisah benar Michael Oher, seorang gelandangan dan hidup traumatik. Beliau dibantu oleh wanita bernama Leigh Anne Touhy lakonan Sandra Bullock untuk mengejar mimpi menjadi pemain NFL.

2. The Waterboy: $162 Juta

https://www.youtube.com/watch?v=z8yv9eq5s14

Sebuah lagi filem lakonan Adam Sandler berdasarkan kisah American Football. Bobby Boucher (Adam Sandler) merupakan waterboy ataupun budak milo untuk pasukan American Football kolej beliau.

Pada suatu hari jurulatih pasukan kolej mendapati, Bobby ada bakat untuk membentes lawan yang lebih besar daripada beliau. Bobby Boucher menjadi bintang selepas itu.

3. The Longest Yard (2005): $158 Juta

Kisah superstar American Football, Paul Crewe, lakonan Adam Sandler, dimasukkan ke dalam penjara dan beliau diminta membentuk pasukan untuk berhadapan dengan petugas penjara yang ganas.

4. Talladega Nights: The Ballad of Ricky Bobby: $148 Juta

Kisah Ricky Bobby yang menikmati kegemilangan karier dalam Nascar yang dicabar oleh pemandu Formula 1 dari Perancis, Jean Girard. Filem yang penuh dengan aksi komedi.

5. Rocky IV: $128 Juta

https://www.youtube.com/watch?v=bwJJkeOTT6Y

Selepas perlawanan dengan Clubber Lang, Rocky berehat. Beliau dikejutkan dengan kematian rakan baiknya, Apollo Creed yang dibelasah secara brutal tanpa semangat kesukanan oleh Ivan Drago.

Rocky memutuskan untuk menentang Ivan untuk meneruskan semangat Apollo Creed.

6. Rocky III: $124 Juta

Mr. T and Sylvester Stallone from a scene in Rocky III

Rocky kembali beraksi di dalam ring. Namun beliau kehilangan jurulatihnya Mickey. Setelah melihat Rocky bergelut dengan tekanan, bekas seteru utama beliau dahulu, Appolo Creed menawarkan diri untuk melatih beliau.

Lawan beliau adalah Clubber Lang. Filem yang menyaksikan 2 watak, Rocky dan Apollo bersatu dalam satu pasukan.

7. Seabiscuit: $120 Juta

https://www.youtube.com/watch?v=x3BcfoKhvzc

Mengisahkan Charles Howard yang mahu bangkit daripada beberapa tragedi dalam hidup beliau. Chalres menyertai perlumbaan kuda dengan kuda istimewa yang dianggap btidak sesuai untuk berlumba bernama Seabiscuit.

8. Blades of Glory: $119 Juta

Filem yang mempertaruhkan aksi komedi Will Ferrel ini mengisahkan perseteruan 2 peluncur ais Olimpik pda 2002 yang ditarik pingat dan digantung daripada olimpik dalam acara perseorangan.

Mereka akhirnya mengambil kesempatan daripada kelonggaran untuk berganding sebagai pasangan beregu.

9. Remember the Titans: $116 Juta

Salah satu filem bertemakan sukan/ahli sukan yang terbaik sepanjang zaman.

Berkisarkan kisah benar jurulatih bernama Herman Boone yang berbangsa Afrika-Amerika cuba menyatukan pemain football dari kulit putih dan kulit hitam. Filem ini sarat dengan pengajaran dan falsafah. Memenangi banyak anugerah.

10. Unbroken: $115 Juta

Filem arahan Angelina Jolie ini berkisarkan kisah olimpian, Louis Zamperini terdampar di lautan selama 47 hari bersama dengan 2 krew sebelum ditangkap oleh askar Jepun dan dihantar ke pusat beberapa pusat tahanan.

Pada usia 81 tahun beliau menjadi salah seorang pelari obor Olimpik di Nagano. Filem ini ada 3 pencalonan Oscar.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.