Dalam dunia sukan moden, pendapatan atlet sangat luar biasa. Pendapatan ini bukan sahaja melibatkan gaji. Malah turut melibatkan hak pengiklanan dan juga lain-lain lagi.
Berdasarkan sumber Forbes, ini adalah 10 atlet dengan pendapatan tertinggi di dunia pada 2017.
1. Cristiano Ronaldo – Pemain Bola Sepak
Pemain bola sepak dari Portugal ini memecahkan dominasi atlet dari sukan seperti NBA untuk menduduki tangga teratas dari segi pendapatan tahunan musim ini.
Ronaldo memiliki pendapatan keseluruhan $133 juta. $58 juta daripadanya adalah menerusi pendapatan daripada kontrak tahunan di Real Madrid. Manakala selebihnya adalah daripada iklan.
Ia menjadikan Ronaldo, atlet pertama dengan kontrak dikatakan bernila $1 billion di Real Madrid. Kuasa pengiklanan memang salah satu lagi sebab pemain ini menjadi kaya raya,
2. LeBron James – Pemain Bola Keranjang

LeBron James merupakan salah seorang pemain terbaik dalam sejarah NBA. Beliau terus menjadi pemain NBA dengan pendapatan paling mewah.
King James mendapat $86.2 juta setahun. $31.2 juta daripadanya adalah hasil pendapatan beliau. Kuasa iklan lebih besar kali ini! Beliau antara atlet yang mendapat tajaan seumur hidup oleh Nike.
3. Lionel Messi – Pemain Bola Sepak

Messi mendapat keseluruhan $80 juta setahun. Hasil daripada gaji $53 juta dan juga nilai komersil bernilai $27 juta. Beliau adalah atlet esklusif Adidas.
Dianggap seteru kepada Ronaldo di dalam padang bola sepak. Pemain ini memiliki rekod karier yang luar biasa bersama dengan Barcelona.
4. Roger Federer – Pemain Tenis

Federer dikatakan mendapat $64 juta pada tahun ini. Hanya $6 juta daripada pendapatan di gelanggang dan $58 juta lagi adalah daripada bayaran iklan.
Federer dalam fasa akhir karier beliau, Dianggap sebagai pemain tenis lelaki terbaik sepanjang zaman terutama sekali pada era moden.
5. Kevin Durant – Pemain Bola Keranjang

Kevin Durant masih menjadi antara pemain bola keranjang yang menjana pendapatan yang tinggi. Di atas gelanggang beliau menerima $26.6 juta.
Manakala di luar gelanggang ataupun dengan iklan, beliau menjana pendapatan sekitar $34 juta. Jumlah ini membolehkan beliau mendapat $50.6 juta setahun secara keseluruhannya.
6. Andrew Luck – Bola Sepak Amerika
Beliau menjadi pemain dengan pendapatan tertinggi dalam sukan bola sepak Amerika. Luck membawa balik $50 juta setahun. $3 juta daripadanya adalah menerusi kontrak beliau. Manakala $47 juta lagi daripada iklan.
Memang baik luck beliau di dunia ini.
7. Rory McIlroy – Pemain Golf

Pada usia baru 28 tahun, pemain gol profesional ini sudah memiliki pendapatan tahunan keseluruhan bernilai $50 juta. $16 juta daripada padang gol dan bakinya lagi adalah hasil daripada pengiklanan.
Pemain golf yang pernah mengejutkan dunia ketika beliau berusian awal 20-an beliau sudah memenangi beberapa kejohanan elit.
8. Stephen Curry – Pemain Bola Keranjang
Dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik NBA pada ketika ini. Curry bukan sahaja cemerlang di gelanggang, malah prestasi akaun beliau juga luar biasa.
Beliau berjaya mendapat $47 juta secara keseluruhannya, hasil daripada gaji $12.3 juta dan selebihnya adalah iklan.
9. James Harden – Pemain Bola Keranjang
Seorang lagi pemain NBA di dalam senarai 10 teratas. James Harden mendapat $26.6 juta daripada kontrak ataupun gaji beliau. Manakala $20 juta lagi adalah menerusi nilai komersil beliau.
10. Lewis Hamilton – Pemandu Formula 1
Melengkapkan carta 10 teratas adalah pemandu Formula 1 dari Britain, Lewis Hamilton. Mungkin kuasa iklan untuk sukan Formula 1 tidak cukup kuat dalam membantu beliau mendapatkan tajaan yang lebih baik.
Hamilton hanya mendapat nilai tajaan keseluruhan $8 juta. Namun kontrak semasa beliau adalah bernilai $38 juta setahun. Jadi $46 juta di dalam akaun beliau musim ini.