Kali ini kami menyenaraikan 10 atlet yang memiliki pengikut paling ramai di media sosial. Kami mengambil data statistik daripada facebook dan Twitter.
1. Cristiano Ronaldo
Pemain bola sepak ini bermain untuk Real Madrid. Beliau adalah kuasa utama komersial di dunia buat masa ini. Ronaldo memiliki 122.6 juta pengikut di Facebook dan 67.5 juta pengikut di Twitter.
Ini membolehkan Ronaldo memiliki 185.1 juta pengikut dalam 2 plaform media sosial utama itu. Difahamkan, Ronaldo dibayar £310,000 untuk setiap muat naik status beliau di instagram.
2. LeBron James
King James berada di tangga ke-2. Pemain berbakat besar dalam sukan NBA ini seringkali dilabel sebagai pemain terbaik dalam sejarah NBA.
James adalah salah satu daripada 3 atlet yang mendapat tajaan seumur hidup oleh Nike selepas Michael Jordan dan Cristiano Ronaldo.

LeBron James kini memiliki 23.2 juta pengikut di Facebook dan 39.2 juta pengikut di Twitter. Ini menjadikan keseluruhan pengikut facebook dan twitter beliau adalah 62.2 juta.
KING!
3. Neymar
Pemain bola sepak yang bermain untuk PSG ini juga merupakan pemain penting dalam skuad Brazil. Perpindahan sensasi beliau ke Barcelona telah melonjakkan nama beliau di media sosial.
Ia diikuti dengan perpindahan kontroversi ke PSG yang membuatkan Neymar kini berada di tangga ke-3 untuk atlet dengan pengikut teramai di Facebook dan Twitter.
Neymar ada 95.1 juta pengikut daripada 2 plaform tersebut. 60.7 juta di Facebook dan 34.4 juta di Twitter. Pemain berbakat ini mengimpikan untuk memenangi Ballon d’Or.
4. Ricardo Kaka
Di tangga ke-4 juga merupakan seorang pemain bola sepak. Tidak sangka yang legenda ini memiliki pengaruh yang kuat di laman sosial meskipun kurang kisah kontroversi dalam karier beliau.
Kaka sudah mengumumkan persaraan beliau daripada bola sepak. Beliuau setakat ini memiliki 31.6 juta pengikut di Facebook dan 28.6 juta pengikut di twitter. Menjadikan 2 platform tersebut, Kaka memiliki 62.4 juta pengikut setakat ini.
Beliau adalah pemain bola sepak terakhir yang memenangi Ballon d’Or sebelum dikuasai 2 nama, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi,
5. Sachin Tendulkar
Beliau satu-satunya atlet bukan daripada sukan bola sepak dan NBA yang berada di dalam senarai 10 teratas. Legenda sukan kriket dunia ini dianggap pemain kriket terbaik yang pernah dilahirkan India.
Beliau memiliki 28.6 juta pengikut dan facebook dan 20.6 juta pengikut di twitter. Sachin Tendulkar memiliki 49.2 juta pengikut dalam 2 platform tersebut.
6. Andres Iniesta
Sekali lagi pemain bola sepak di La Liga di dalam senarai. Kali ini melibatkan pemain yang dihormati peminat sendiri dan juga peminat lawan, Andres Iniesta.
Iniesta yang baru sahaja menadatangani kontrak seumur hidup dengan Barcelona memiliki 27 juta pengikut di Facebook dan 19.5 juta pengikut di Twitter. Pemain perancang sensasi ini memiliki 47.2 juta pengikut facebook dan twitter.
7. Kevin Durant
Beliau merupakan antara pemain yang paling popular di NBA ketika ini. Durant adalah ikon yang sentiasa memperagakan aksi luar biasa di dalam gelanggang.
Di luar gelanggang, beliau memiliki akaun sosial yang memiliki 10.5 juta pengikut di facebook. Kali ini, pengikut twitter adalah lebih ramai berbanding facebook untuk senarai 10 teratas.
Durant ada 17.1 juta pengikut twitter. Menjadikan akaun sosial utama beliau ada 27.1 juta pengikut!
8. Gerard Pique
Suami kepada penyanyi sensasi Shakira ini juga pemain senasi Barcelona dan Sepanyol. Terkenal dengan status panas di media sosial antara sebab beliau memiliki ramai pengikut.
Pique setakat ini ada 19.1 juta pengikut di facebook dan 16.7 juta pengikut di twitter. Jadi, pemain yang sentiasa menjadi perhatian ini memiliki 35.8 juta pengikut dalam 2 platform tersebut.
9. Wayne Rooney
Wayne Rooney antara pemain bola sepak England yang paling berjaya terutama sekali di peringkat kelab. Beliau menimati kegemilangan bersama-sama dengan Manchester United.
Kini beliau sudah kembali semula ke Everton. Rooney memiliki 25 juta pengikut di akaun Facebook rasmi dan memiliki 16.5 juta pengikut di twitter. Jadi keseluruhanna ada 41.5 juta.
10. Ronaldinho Gaucho
Bekas pemain Barcelona dan Brazil ini merupakan pemain yang dikagumi semua. Senyuman sentiasa di wajah beliau. Pemain yang mesra dengan sesiapa sahaja.
Ronaldinho adalah antara pemain terbaik dalam generasi beliau. Beliau memiliki 34.9 juta pengikut di facebok dan 16.2 juta pengikut di twitter. Secara keseluruhannya adalah 41.1 juta.
Itulah ranking untuk 10 atlet dengan pengikut paling ramai dalam 2 media sosial utama di dunia.